Sikap Orang Yang Pandai Menyuaikan Diri
Sikap Orang Yang Pandai Menyuaikan Diri
Orang yang pandai menyesuaikan diri dan bersikap, boleh hidup di dalam berbagai-bagai peringkat ertinya orang yang pandai bermasyarakat
Di mana dia pergi dan bergaul orang suka dan senang
Ramah mesra dengan semua orang jadi tabiat, ringan tulang
Orang besar atau orang tua dihormati, kanak-kanak dikasihi
Pandai membawa diri, mengutamakan orang lain dari diri sendiri
Apabila berbual-bual dengan orang dia hormati pandangan orang, walaupun dia ada pandangan sendiri
Kesalahan dan kesilapan orang dia tidak ambil hati
Bertolak ansur di dalam pergaulan, maaf-bermaafan jika membuat salah dan kesilapan
Boleh menerima keuzuran dan kelemahan orang
Berlapang dada sesama manusia
Sabar dengan kekasaran dan karenah manusia
Tidak suka membualkan keaiban orang di tengah ramai
Jika ada orang perempuan sama di dalam majlis dia jaga matanya,
kecuali melihat yang perlu sahaja
Tidak suka mengangkat diri, bahkan suka merendah diri
Berlemah lembut di dalam pergaulan, bersopan di dalam percakapan
Dia bercakap yang ada memberi manfaat, cakap yang sia-sia dielakkan sama sekali
Dia tidak menjatuhkan maruah orang di dalam percakapan
Suka menerima jemputan orang, jika menjadi tetamu orang suka membawa buah tangan
Tidak melahirkan rasa tidak suka ketika berhadapan dengan hidangan, kalau ada makanan yang dia tidak suka
Tidak suka menyindir-nyindir orang di dalam pergaulan sekalipun
ada orang yang dia tidak senang
Bertemu dengan orang Islam didahului dengan salam, ketika berpisah juga diucap salam
4.3.2004 – 3
Menjelang tidur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 743 reads
Post new comment