warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Sikap Bila Isteri Tidak Takutkan Tuhan







Sikap Bila isteri Tidak Takutkan tuhan





Sikap Bila isteri Tidak Takutkan tuhan

 

Isteri yang tidak bermadu di zaman sekarang, kalau suaminya tidak bermadu, pun  sikapnya  macam orang baru bermadu

Jika isteri itu sudah tidak takut dengan Tuhan penentu hidupnya

Marah-marah dengan suaminya selalu berlaku, kerana cemburu dengan madunya yang bukan madu

Tanpa bermadu isteri akan bersikap macam orang bermadu

Kalau suaminya selalu sahaja menggilap-gilap dan menjaga keretanya berlama-lama

dia tinggal bersendiri sahaja di dalam rumahnya

Dia harap di waktu itu suaminya duduk berlama-lama dengannya di dalam rumahnya

dia akan cemburu dengan kereta pula

Dia akan berkata: abang ini asyik dengan kereta sahaja habis saya ini siapa?!

Jika suaminya selalu sahaja lambat balik, lebih-lebih lagi larut malam

dia akan marah dengan masa

Dia akan berkata, “abang ni asyik lambat sahaja balik, abang buat apa di luar itu?

Di luar ada mata airkah?”

Kalau suaminya orang yang suka berkawan, selalu sahaja berada dengan kawan-kawannya di luar

Hari minggu pun dengan kawan, dia akan cemburu dengan kawan suaminya

sekalipun kawan suaminya itu laki-laki

Dia akan berkata, “abang ini asyik ingat kawan sahaja, saya ini kan isteri abang

mengapa tidak pedulikan saya?

Abang lebih cinta dengan kawan dari saya sebagai isteri!

Sanggup abang selalu tinggalkan saya

Bila ditanya abang jarang ada di rumah macam-macam abang bagi alasan

Jumpa kawanlah, banyak kerjalah di pejabat, ada kerja di luarlah,

pergi kendurilah berbagai-bagai lagi

Kalau ada di rumah pun asyik belek-belek kereta aja

Habis saya ini hendak buat apa? Selalu seorang sahaja, macam saya tidak bersuami!

Begitulah perempuan yang tidak bermadu, macam juga orang bermadu

Kalau tidak dengan madu, bermadu dengan perkara lain

Pening kepala suami dibuatnya, berhadapan dengan  perempuan yang cemburu

dengan macam-macam perkara

 

20.6.2003 – 1

Menjelang Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer