warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Sifat Pemimpin Yang Dijanjikan







Sifat Pemimpin Yang Dijanjikan




Sifat Pemimpin Yang Dijanjikan

 

Pemimpin yang sejati itu walaupun bukan Rasul

Wibawanya nampak terserlah

Lebih-lebih lagi pemimpin yang dijanjikan

Akhlaknya tinggi lagi mulia

Sabarnya luar biasa, tidak ada taranya di zamannya

Ilmunya tajam sangat memberi kesan kepada jiwa

Apa yang keluar dari lisannya seolah-olah tidak pernah didengar dari sesiapa

Kedatangannya membawa berkat yang melimpah ruah di dalam kumpulannya

Bahkan ia merupakan sumber rezeki

Daripada peribadinyalah orang ramai ditolong dan dibantu

Karamahnya banyak sama ada yang bersifat maknawi dan rohani mahupun maddi

Kerana itulah orang yang sayang terlalu amat sayangnya

Orang yang benci terlalu benci pula

Pemimpin yang macam ini datang beratus tahun sekali

Macam kedatangan rasul dan nabi

Ajarannya sangat membawa perubahan kepada yang menerimanya

Yang tidak ada hasad dengki, walaupun tidak menerima tapi senang dengannya

Ia sangat mencabar ajaran dan ideologi di zamannya

Kerana itulah ajarannya dan kedatangannya

Sangat dimusuhi oleh para pemimpin di zamannya

Lebih-lebih lagi pemerintah di zamannya

Kerana itulah pemimpin sejati itu

Sentiasa diburu oleh musuh-musuhnya

Ada di kalangan mereka yang dibunuh dan dipenjara

 

Menjelang Maghrib

10.12.99 (2 Ramadhan)

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer