warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Sifat Malu Sudah Tiada







Sifat Malu Sudah Tiada




Sifat Malu Sudah Tiada

 

Sifat malu adalah tabiat insan

Satu tabiat yang Allah anugerahkan pada hamba-hamba-Nya sejak lahirnya lagi

Sifat ini kalau disuburkan ia menjadi benteng daripada melakukan kemungkaran

Ia menjadi perisai pada seseorang daripada menggadai maruah dirinya

Sifat ini di waktu keseorangan, malu membuat maksiat kerana Tuhan melihatnya

Di waktu ramai, lagilah bertambah malu kerana ramai mata yang melihatnya

Orang yang bersifat malu sangat menjaga maruahnya

Merasakan maruah diri adalah harga diri dan nilai peribadinya

Orang yang bermaruah merasakan jika maruah diri telah tercemar atau ternoda

Dunia ini telah sempit dibuatnya

Bertemu manusia terasa malu dan terseksa

Ingin lari dari manusia

Tapi malang sekali di masa kini

Sifat malu telah tercabut dari jiwa kebanyakan manusia

Lantaran itu maruah diri sudah tak dijaga

Maruah diri manusia sudah tergadai atau tiada

Tapi mereka tidak terasa

Masing-masing merasakan masih ada wibawa

Semua merasakan masih ada harga diri

Padahal yang ada sifat kebinatangan atau sifat haiwaniahnya

Berkelakuan haiwan yang berupa manusia

Binatang yang berupa manusia inilah yang menguasai dunia

Mentadbir manusia dan mendidik mereka

Ramailah di dunia ini haiwan yang berupa manusia

 

Lepas Zuhur

24.11.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer