Side Effect Tidak Cinta Tuhan
Side effect tidak cinta Tuhan
Kerana tidak cintakan Tuhan, maka lahirlah side effectnya
Iaitu tidak cinta sesama manusia
Punahlah peri kemanusiaan di kalangan manusia
Tidak ada kasih sayang, tidak ada timbang rasa, tidak ada rasa bersama, tidak ada bekerjasama
Maaf-bermaafan tidak ada, bertolong bantu terpaksa, bertemu dan berjumpa tidak mesra
Akibatnya di dalam pergaulan tidak ada indahnya, kecantikannya punah dan binasa
Terseksalah hidup manusia di dalam pergaulan
Kerana tidak takut dengan Tuhan, side effectnya tidak takut membuat kesalahan
di kalangan manusia
Tidak takut menghina dan mengata, tidak takut hasad dengki,
tidak takut menipu dan mencuri, berdendam jadi budaya
Tidak takut dan tidak malu bergaduh, berkrisis dan berkelahi
Bahkan tidak takut berbuat lebih dari itu, berzina, merogol, merompak,
menyamun dan membunuh
Zalim-menzalimi, aniaya-menganiayai di kalangan manusia
Akibatnya hilang keamanan dan keselamatan,
terkorban kebahagiaan dan keharmonian, ketakutan ke mana sahaja pergi
Untuk memulihkan semula dunia ini dari kerosakan
kenalah kita kempen semula mengenalkan Tuhan
Hingga Tuhan itu dicintai dan ditakuti
Buahnya nanti di dunia akan jadi syurga sebelum Syurga
Kehidupan manusia akan bahagia, tenang dan harmoni
2.7.2003 – 1
Menjelang Zuhur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 739 reads
Post new comment