warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Setiap Kewujudan Adalah Milik Tuhan







Setiap Kewujudan Adalah Milik Tuhan





Setiap Kewujudan Adalah Milik Tuhan

 

Seluruh yang wujud yang dapat dilihat mahupun tidak adalah milik Tuhan

Langit dan bumi dan seluruh isinya kepunyaan-Nya

Harta yang engkau milik, ilmu yang ada pada engkau, pangkat yang engkau sandang semuanya milik Tuhan

Bahkan diri engkau pun kepunyaan-Nya

Tuhan yang mewujudkan Tuhanlah yang empunya

Cuma apa yang  ada pada kita itu samada yang bersifat benda

mahupun yang bersifat maknawi Tuhan pinjamkan

Kalau  semuanya  milik Tuhan kita hanya sebagai pemegang amanah sahaja

Kalau begitu kepunyaan Tuhan itu bolehkah kita gunakan sesuka hati

Bukan sahaja Tuhan tidak membenarkan sesuka hati,

akal kita pun tidak membenarkannya

Bukankah sudah sama-sama bersetuju di antara akal dengan Tuhan

sepertilah orang simpankan barang kepada kita ia adalah kepunyaannya

Apakah barang itu boleh kita gunakan sesuka hati?

Tentu tidak

Kita akan gunakan mengikut apa yang dia pesankan kepada kita bukan?

Harta kita, tenaga kita, hakikatnya adalah kepunyaan Tuhan.

Kepunyaan kita hanyalah sebagai nisbi sahaja disandarkan sahaja kepada kita

Akal fikiran kita, ilmu kita hakikatnya kepunyaan Tuhan yang ia bersifat maknawi

Bahkan apa yang ada pada kita lahir dan batin adalah kepunyaan Tuhan

Tuhan hanya pinjamkan sahaja kepada kita

Bahkan diri kita pun kepunyaan Tuhan

Dan dipesankan kepada kita, gunakan mengikut kehendak Tuhan, bukan kehendak kita

Kalau begitu mana boleh kita kata: “Harta aku terpulanglah kepada aku,

apa aku hendak buat, terpulanglah kepada aku.”

Setiap yang kita miliki akan ditanya nanti bagaimana menggunakannya

Bilamana penggunaannya tidak sesuai dengan kehendak Tuhan Nerakalah jawapannya

Kerana itulah kalau manusia faham konsep milik ini

tidak ada manusia yang susah di dunia

Yang tidak punya pun akan terbela

Kerana yang punya pandai mengguna kepunyaannya di tempat yang betul

Iaitu membela orang yang tidak punya

Sebenarnya setiap manusia yang Tuhan hidupkan sudah sedia rezeki dan sebagainya

Yang tidak bernasib baik mungkin kecederaan, cacat, kemalangan,

tetap ada rezekinya

Tapi di tangan orang kaya, orang kaya pasti membela mereka

Kalau tidak orang kaya telah melakukan penzaliman sesama manusia

 

16.10.2004 – 3

Selepas Tarawih

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer