warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Setiap Hari Maruahmu Jatuh







Setiap hari maruahmu jatuh




Setiap hari maruahmu jatuh

 

Engkau gaduh apabila ada orang menipu dayamu

Engkau susah hati kalau ada orang merosakkanmu

Engkau marah sekali jika ada orang yang menjatuhkan maruahmu

Engkau sakit hati bilamana nama baikmu dijatuhkan orang

Tapi malang sekali setiap hari maruahmu jatuh

Wibawamu cacat, nama baikmu tercemar

Bukan orang lain yang melakukannya

Tapi ilmu engkau sendiri yang menjatuhkannya

Kekayaanmu merosakkan kamu

Kecantikan dan ketampananmu yang merosakkan nama baikmu

Pangkat dan darjat yang menjatuhkan maruahmu

Kekuasaanmu yang mencacatkan nama baikmu

Tapi kamu tidak perasan dan tidak sedar

Kerana itu dilakukan oleh dirimu sendiri

Nafsu yang ada di dalam dirimu itulah yang menjatuhkan maruahmu

Padahal orang ramai sudah resah dan gelisah

Masyarakat telah mengata dan menghinamu

Kamu telah dibual-bualkan orang di merata negeri dan negara

Di kedai-kedai kopi, di restoran-restoran, di warung-warung makan

Tidak kurang juga engkau diumpat di masjid-masjid dan di surau-surau

Di dalam kereta, di dalam kapal terbang dan di tempat-tempat ramai

Semuanya itu berlaku  ialah  disebabkan keistimewaan yang ada pada dirimu

Oleh itu berhati-hatilah dengan ilmumu

Berwaspadalah dengan kekayaan dan kecantikanmu

Awasilah pangkat, darjat dan  kekuasaanmu

Yang selalunya banyak merosakkan  kamu.

 

7.9.2000

Menjelang Tidur - 2

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer