warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Setiap Amanah Akan Ditanya







SETIAP AMANAH AKAN DITANYA




Setiap Amanah Akan Ditanya

 

Apabila orang kaya yang pemurah

mengamanahkan harta yang berharga pada kita untuk dijaga

Itu adalah amanah namanya,

kenalah kita jaga dan pelihara

Dia berpesan kalau perlu gunakanlah tidak mengapa

Kalau begitulah terjadi kepada kita,

walaupun bila perlu boleh digunakan,

aduh! Takutnya kita dan bimbang

Takut dan bimbang kerana harta bukan kepunyaan kita

Ia adalah anugerah seorang kaya yang pemurah kepada kita

Harta itu tetap kepunyaannya,

bila-bila masa dia akan ambil semula

Perasaan kita di samping gembira rasa takut sahaja

Hati kita tentu selalu gelisah, takut disalahguna

Kerana ia akan ditanya oleh yang empunya

Kalau begitulah perasaan kita,

pemberian Tuhan kepada kita lebih lagi terlalu banyaknya

Berbagai-bagai amanah Tuhan kepada kita,

diri kita, harta kita, anak isteri kita

Ditambah lagi jawatan kita,

semuanya amanah dari Tuhan kita

Tapi yang ada pada perasaan kita ialah kegembiraan sahaja

Tidak pernah kita merasa itu amanah Tuhan,

tidak pernah pun kita rasa takut kalau disalah guna

Kita merasa itu adalah kepunyaan kita, harta kita, jawatan kita

Oleh kerana kita rasa kepunyaan kita,

kita jadi sombong, megah, salah guna

Lebih-lebih lagi tidak pernah rasa takut

kalau diambil balik oleh Tuhan kita

Bahkan tidak pernah takut kalau dihukum Tuhan

kerana salah menjaga amanah

Apakah kita tidak malu apa yang ada pada kita itu

adalah milik Tuhan?!

Amanah Tuhan kepada kita

sepatutnya kita bimbang, takut, cemas

Setiap amanah akan ditanya,

kalau salah guna nahaslah kita

 

16.11.2002

Waktu Dhuha

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer