warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Setelah Aku Kenal Tuhan







Setelah aku kenal Tuhan




Setelah aku kenal Tuhan

 

Setelah aku kenal Engkau Tuhan, tidak ada lagi erti Syurga dan Neraka-Mu

Kalau tidak ada Syurga dan Neraka pun aku tetap menyembah-Mu

Menyembah dan mengingati-Mu itu adalah kebahagiaan

Menyembah dan mengingati-Mu aku rasa patut buatku

Makin aku kenal-Mu, fadhilat-fadhilat tidak ada erti padaku

Aku rasa, beribadah kepada-Mu kerana fadhilat menghilangkan keikhlasanku pada-Mu

Aku merasa aku telah tercacat dengan-Mu

Siapa yang mengenal-Mu, Engkau adalah sumber kebahagiaan

Kalau begitu apalah ertinya Syurga dan Neraka-Mu

Setelah aku mengenal-Mu keredhaan-Mulah yang aku cari

Bahkan aku mengingini keredhaan-Mu

Mendapat keredhaan-Mu, ertinya mendapat segala-galanya

Mendapat keredhaan-Mu adalah mendapat ibu segala kebahagiaan

Inginkan keredhaan-Mu di sinilah datangnya cinta dan takut

Cinta kerana Engkau patut dicintai

Takut kerana hamba perlu takut dengan Tuannya

Takut adalah sifat hamba yang perlu dikekalkan

Makin bertambah lagi aku mengenal-Mu

Maka segala-galanya tidak ada ertinya lagi bagiku

Kerana Engkau adalah segala-galanya

 

19 Muharam 1421H

Selepas Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer