warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Seorang Muslim Yang Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang







Seorang Muslim yang cemerlang, gemilang dan terbilang




Seorang Muslim Yang Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang

 

Bukan senang hendak mencari seorang Muslim yang cemerlang, gemilang dan terbilang

Betapa pulalah satu bangsa lebih-lebih lagilah jarang dan kurang

Dia seorang yang takut dan cintakan Tuhan, ibadah tidak dicuaikan

Masa yang sama dia maju di dalam pelajaran, kreatif, aktif dan tidak jahat dan curang

Dia seorang yang berjaya di bidangnya tapi tidak cintakan dunia

Dunia yang dimilikinya dapat diagih-agih dan dapat dimanfaatkan kepada semua manusia

Dia maju di dalam hidupnya sombongnya tidak ada, bahkan merendah diri sentiasa

Kelebihan yang ada padanya, untuk agama, bangsa dan negaranya

Tidak megah, tidak menunjuk-nunjuk bahkan tawadhuk, bermesra sesama manusia

Walaupun berjaya tapi tidak suka dipuji dan disanjung-sanjung tinggi

Jika dipuji dia malu menerimanya, bahkan jiwanya terseksa

Kesenangannya yang dimilikinya selalu membantu yang tidak punya

Dia tidak tamak, tidak mementingkan diri, orang yang meminta bantuan ditolongnya

Bahkan sentiasa sahaja simpati dengan orang yang tidak berada

Dirinya adalah aset bangsa dan negaranya kerana kemampuannya

Di dalam dia maju berkasih sayang, di dalam dia berjaya hormat dengan manusia

Dunianya  maju dan berjaya, Akhiratnya terserlah di dalam  ibadahnya,

perjuangannya dan akhlaknya

Dunia di dalam tangannya, syukurnya nampak pada perbuatan dan sikapnya

Di dalam kejayaan tidak pula menghina orang yang ketinggalan dan kecundang

Padanya setiap kejayaan yang diperolehinya adalah anugerah Tuhan,

bertambah malu lagi dengan Tuhannya

Itu baru contoh cemerlang, gemilang  dan terbilang bagi seseorang

Kalau majoriti berlaku kepada satu bangsa umat Islam di sesebuah negara

Itulah yang dikatakan umat Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang

Sudah wujudkah di mana-mana sebuah negara Islam

yang cemerlang, gemilang dan terbilang

Jika sudah berlaku tentulah negara itu menjadi tempat rujuk dunia Islam

 

1.5.2004 1

Menjelang Maghrib

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer