warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Sembahyang Atau Bersenam







Sembahyang Atau Bersenam




Sembahyang Atau Bersenam

 

Apakah engkau merukukkan badan lahir engkau sahaja di waktu sembahyang

Sedangkan batin engkau, engkau tidak terasa rukuk

Kalau jasad lahir engkau sahaja yang rukuk, rukuk itu engkau tidak hayati

Rukuk engkau tidak ada erti apa-apa

Di waktu engkau sujud

Apakah hati engkau sujud sama?

Anggota lahir sahaja tidak terasa apa-apa

Ia hanya sekadar exercise sahaja, ertinya engkau bersenam

Kalau hati engkau tidak ikut berserta sujud

Di kala engkau berdiri sembahyang, terasakah engkau berdiri di hadapan Tuhan

yang tidak bercara

Terasa Tuhan melihat, tahu, mendengar dan berkuasa di atas engkau

Di waktu itu engkau malu kepada-Nya

Hingga terpaku hati dan fikiran engkau dengan Tuhan, tidak sempat engkau mengingati perkara-perkara lain

Di ketika itu kebesaran Tuhan sahaja yang engkau rasa

Kalau di waktu berdiri tidak terasa apa-apa terhadap Tuhan

Mengapa engkau berdiri?

Untuk apa engkau berdiri?

Seolah-olah engkau berdiri sahaja-sahaja!

Berdiri tidak punyai erti apa-apa

Kalau sepanjang masa engkau bersembahyang begitu rupa

Rupanya selama ini engkau bersenam, bersenam dengan rupa orang bersembahyang

Kerana itulah sembahyang engkau tidak merubah perangai

Sama aja seperti orang  yang tidak bersembahyang

Hakikatnya engkau belum bersembahyang

 

15.5.2004 1

Menjelang Maghrib

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer