warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Semakin Saya, Semakin Ramai Yang Berhikmat Dengannya







SEMAKIN KAYA, SEMAKIN RAMAI YANG BERKHIDMAT DENGANNYA 




Semakin Saya, Semakin Ramai Yang Berhikmat Dengannya

Kalau hendak dikira lojik, bahkan sepatutnya

Orang-orang besar dan orang-orang kayalah yang lebih tawadhuk dan merendah diri

Mereka itu adalah orang-orang yang keperluannya disediakan oleh ramai manusia

Yang ramai di kalangan mereka adalah si miskin dan golongan yang menderita

Rumah besarnya banyak buruh kasar yang menyiapkannya

Sedangkan buruh-buruh itu rumahnya hanya gerobok buruk dan kecil sahaja

Makanan yang sedap-sedap dan lazat serta berzat

Buruh-buruh juga yang ramai terlibat menyediakannya

Petani-petani yang lapar, miskin lagi susah yang berusaha menanam bahan-bahan mentahnya

Nelayan-nelayan yang selalu menderita ke laut mencari ikan

buat lauk si pembesar dan si kaya  

Padahal nelayan itu sendiri memakan ikan yang murah-murah sahaja

Pakaian-pakaian pembesar dan si kaya mahal-mahal belaka

Fakir miskin yang menjadi buruh kasar mengharapkan sesuap nasi menjadi tenaga pengeluarnya

Mereka sendiri pakaiannya adalah compang-camping sahaja

Kenderaan mereka yang cantik, mewah lagi canggih

buruh-buruh jugalah yang menjadi tenaga membuatnya

Kenderaan itu orang kaya dan pembesar-pembesarlah yang memilikinya

Si buruh berjalan kaki atau naik bas turun bas sahaja

Mereka hanya boleh melihat sahaja tidak mampu memilikinya

Putih mata, cicir air liur, penuh kecewa

Rupanya makin berpangkat besar, semakin kaya,

makin ramai orang yang berkhidmat kepada mereka

Sama ada disedari atau tidak, dikenali atau tidak

Yang ramai itu pula kebanyakannya adalah orang-orang yang miskin dan susah

Tapi apa yang terjadi secara lumrahnya

Orang-orang besar dan kaya yang sepatutnya merendah diri

tapi berlaku sebaliknya

Majoriti mereka itu sombong dan bangga

Kesusahan orang miskin dan penderitaan mereka

tidak pun mendapat simpati orang besar dan kaya

Bahkan adakalanya mereka memandang rendah dan hina

Fakir miskin terbiar tiada siapa yang membela

Kerana itulah jurang pembesar dan kaya

dengan si miskin terlalu jauh bezanya

Padahal pembesar-pembesar selalu sahaja menslogankan perpaduan

Mereka tidak sedar bahawa kesilapan mereka

adalah salah satu faktor membawa perpecahan di kalangan etnik dan bangsa

 

21.1.2002

Menjelang Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer