warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Selarikan Kehendak Kita Dengan Kehendak Tuhan







Selarikan Kehendak Kita Dengan Kehendak Tuhan




Selarikan Kehendak Kita Dengan Kehendak Tuhan

 

Selarikanlah kehendak kita dengan kehendak Tuhan

Kehendak Tuhan penuh hikmah dan terjamin keselamatannya

Kehendak kita bukan ada pertimbangan

Hanya mengikut hawa nafsu atau ego dan angan-angan

Selaraskan, kenalah makan, minum, pakaian, bekerja, berjuang, berkeluarga, berpolitik, berekonomi dengan kehendak Tuhan

Jangan pula kehendak Tuhan lain, kehendak kita lain

Kehendak Tuhan kita tolak, kehendak kita yang kita terima

Ia akan merosakkan kehidupan kita

Sedangkan fitrah semula jadi kita sebagai manusia tidak mahu kerosakan

Hari ini rata-rata kebanyakan manusia kehendaknya yang diamalkan

Kehendak Tuhan sudah tidak dihormati dan dikesampingkan

Apa sudah jadi kepada  kehendak manusia?

Perpecahan berlaku, peperangan terjadi

Jenayah menjadi-jadi menakutkan semua orang

Kasih sayang dan persaudaraan punah dan musnah

Sedangkan manusia tidak mahu itu semua berlaku

Sistem kekeluargaan hancur sama sekali

Perhubungan murid-murid dengan guru-gurunya punah-ranah

Perhubungan suami isteri hanya di waktu baru berkahwin

Perhubungan anak-anak dengan ibu bapa renggang dan tunggang-langgang

Manusia bukan mahu perkara-perkara yang disebutkan tadi berlaku

Tapi manusia sudah tidak tahu bagaimana hendak mengatasinya

Para pemimpin, cerdik pandai sudah bingung

Sekarang semua golongan sudah hidup dalam ketakutan

Resah, gelisah, kecewa, putus asa

Akibat menerima kehendak sendiri dan menolak kehendak Tuhan

Bilakah manusia itu mahu menerima kehendak Tuhan?

Agar dunia kembali aman damai dan harmoni

 

Menjelang Maghrib  

31.12.99 (25 Ramadhan 1420)

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer