warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Sampai Masanya Datang Penyelamat







Sampai Masanya Datang Penyelamat





Sampai Masanya Datang Penyelamat

Apakah sudah berlaku di dunia hari ini?

Dunia yang serba maju dan cantik serta alat-alat kehidupan yang canggih

Perangai-perangai manusia satu sama lain susah-menyusahkan

Satu sama lain prejudis sesama kerana hati sudah terlalu rosak

Rakyat menyusahkan pemerintahnya, dengan demonstrasi  selalu tidak taat dan mengata dan menista di belakangnya

Bukan itu sahaja rakyat selalu melakukan berbagai-bagai jenayah

menyusahkan pemerintahnya

Pemerintah juga menyusahkan rakyatnya, dengan ketidakadilannya,

kurang bertanggungjawab, rakyat dibiarkan pemerintah

Orang kaya pula menyusahkan orang miskin dengan tamak, bakhil, mementingkan diri, tidak pemurah kepada mereka

Mereka terbiar miskin dan papa depan mata orang kaya dan korporat-korporat negara

Rakyat pula menyusahkan mereka dengan kidnap diri atau keluarganya,

atau merosakkan barang-barang kepunyaan meraka

Adakalanya rakyat marah kepada mereka lalu dibunuhnya

Menjadikan orang kaya takut sahaja, bimbang setiap masa

hendak berjalan seorang curiga sahaja

Guru-guru dengan murid-murid pun satu sama lain susah-menyusahkan

Murid tidak aman kerana guru, guru juga tidak aman dengan murid-muridnya

Murid-murid tidak taat, degil, tidak ikut peraturan guru menjadikan susah dibuatnya

Guru-guru juga tidak berakhlak di depan murid, tidak ada kasih sayang,

murid pula yang terseksa

Bahkan di kalangan keluarga berlaku juga susah-menyusahkan sesama keluarga

Suami menyusahkan isteri kerana kurang bertaanggungjawab,isteri meradang

Isteri juga tidak begitu taat dan hormat dengan suaminya bahkan cakap pun tidak disukat

Selalu sahaja berleter dengan suaminya, masam muka selalu sahaja

Suami pula terseksa dibuatnya

Berlakulah seksa-menyeksakan satu sama lain di dalam keluarga

sedangkan hidup bersama

Begitulah juga ayah dan ibu menyusahkan anak-anak kerana kasar mendidik

di samping kurang tanggungjawabnya

Anak-anak juga menyusahkan ibu dan ayahnya kerana hidup sudah liar

dan tidak mendengar kata

Masing-masing ada program yang tersendiri maka terjadilah singgung-menyinggung satu sama lain di dalam keluarga

Begitulah seterusnya manusia di dunia yang maju ini satu golongan dengan golongan yang lain susah-menyusahkan di dalam negara

Kalau orang politik apatah lagi sangat jahatnya, satu parti dengan satu parti satu sama lain susah-menyusahkan

Kata-mengata, tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah, jatuh-menjatuhkan jadi budaya hidup

Susah-menyusahkan sesama mereka hingga sampai bunuh-membunuh

Tidak kurang juga buruh dengan majikan susah-menyusahkan di antara dua puak

Majikan kurang bertanggungjawab buruh susah, buruh-buruh pula mencuri tulang, mencuri barang majikan pula meradang

Kadang-kadang buruh menunjuk perasaan terhadap majikan,

majikan pula tidak mahu lebih kurang

Kalau sudah semua golongan  dan puak bertentangan dan berbalah

semua golonganlah yang susah

Kasih sayang gersang, pecah ukhwah, perpaduan renggang, lemahlah kekuatan bangsa musuh dapat mencelah akibat pecah-belah

Kalau sudah semua golongan bermasalah siapakah yang akan menjadi orang tengah?

Jika sudah semua puak berbalah siapa lagikah yang menjadi penyelamat

kerana semuanya sudah tidak selamat

Maka kita tunggulah pemimpin dari Tuhan bukan dari rakyat

yang akan menjadi penyelamat

Sekarang sudah sampai masanya pemimpin dari Tuhan datang sebagai penyelamat umat    

 

10.8.2004 2

Menjelang Maghrib

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer