warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Rintihan Putera Bani Tamim







Rintihan putera bani tamim




Rintihan Putera Bani Tamim

 

Tuhan! Sudah Engkau takdirkan aku menjadi pemimpin

Saya diberitahu oleh Rasulullah dan Imamul Mahdi-Mu aku adalah pemimpin

yang Engkau janjikan buat akhir zaman

Orang kanan Imamul Mahdi setelah lahirnya menjadi khalifah atau imamul ummah

Engkau takdirkan aku datang lebih dahulu membuat jemaah

dan membangunkan daulah sebagai tapak ummah

Terima kasih Tuhan di atas kepercayaan-Mu kepadaku

Ini adalah satu rahmat dari-Mu buatku

Aku Engkau suruh didik di kalangan umat Islam untuk melahirkan Ikhwan

dan sebahagian Asoib yang Nabi ceritakan

Padahal Engkau tahu aku lemah, aku dhaif di dalam semua hal

Dhaif iman, kurang ilmu, lemah fizikal

Tapi ini adalah satu jawatan tanggungjawab yang berat, aku tidak boleh lari darinya

Kalau di zaman ada Rasul, hanya Rasul sahaja yang layak menyandangnya

Aku bukan Rasul, wali pun  belum pasti lagi

Sedangkan satu perjuangan yang besar siapa sahaja yang menjadi ketuanya

sangat mencabar dan tercabar

Cabaran dari diri sendiri, di dalam keluarga dan cabaran dari luar yang lebih besar

Ia memerlukan satu kekuatan yang luar biasa dari Engkau Tuhan

Oleh itu aku memohon dengan rahmat-Mu, siapkanlah diriku

lahir dan batin sebagai kekuatan

Untuk aset dan senjata di dalam perjuangan

Berilah aku kekuatan iman, kekuatan taqwa dan kekuatan ilmu

Kekuatan keberanian dan kesabaran berhadapan dengan ujian

Juga kekuatan fikiran dan kesihatan badan

Tuhan! Anugerahkanlah aku keluarga yang menjadi role model

sebagai tapak jemaah untuk ikutan

Aku pohon juga dari-Mu pengikut-pengikut yang bertaqwa,

yang bersatu padu dan taat setia

Berilah juga aku pertolongan-pertolongan ghaib dari-Mu

di waktu memerlukan dan di waktu kecemasan

Kalau apa yang aku minta tadi Engkau anugerahkan di dalam perjuangan

Sudah pasti kemenangan besar akan berlaku dan gemilang

Itulah harapanku kepada-Mu Tuhan, haraplah dikabulkan

Terima kasih Tuhan, Pelindungku di dalam sebarang  keadaan

terutama di dalam perjuangan  

 

5.7.2003 1

Menjelang Maghrib

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer