warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Rijalullah







Rijalullah




Rijalullah

 

Orang yang rasa bertuhan sentiasa hidup atau jaga jiwanya

Hingga lupa dan lalainya kepada Tuhan sedikit sahaja

Di waktu-waktu tertentu terasa kuasa dan kehendak yang Maha Kuasa

Di masa-masa tertentu teringat rahmat dan nikmat-Nya

Adakalanya terasa agung dan hebat Tuhannya

Di dalam keadaan tertentu terasa Qahhar dan Jabbar-Nya

Tidak kurang di masa-masa yang tertentu

Terasa Tuhan itu melihat dan mendengar

Adakalanya terasa Tuhan itu mengetahui dan melihat

Begitulah orang mukmin yang sejati

Bertukar keadaan strategi yang dialami, bertukar pula rasa bertuhannya

Berlainan yang dia lihat di dalam kehidupan ini, berlainan pula rasa bertuhannya

Begitulah jiwa orang yang sentiasa hidup atau jaga

Rasa bertuhan itu dibawa ke mana-mana

Tidak lekang daripada hati dan jiwa mereka

Bahkan rasa bertuhan itu makin lama semakin tajam

Inilah dia orang Tuhan atau Rijalullah

Inilah dia Al ‘Arifbillah di zamannya

Dengan sebab mereka itulah berkat dan rahmat Allah masih ada

Bala bencana dijauhkan daripada mereka

Bumi sanggup setia dengan manusia

Kalau manusia yang ramai tahu

Sudah tentu berterima kasih kepada mereka

Tapi manusia tidak mengetahuinya

Kerana ia adalah rahsia Tuhannya

 

Menjelang tidur

21.10.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer