warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Rentetan Bermulanya Daulah







Rentetan Bermulanya Daulah





Rentetan Bermulanya Daulah

 

Insya-Allah pada bulan November ini parlimen akan dibubarkan

Di waktu itu tidak sebuah parti politik yang berkuasa

Mahathir membubarkan dengan tujuan pilihan raya

Selepas itu Agung dan Sultan mengambil peluang

Berbincang dengan wakil India dan Cina

Memberitahu pilihan raya tidak ada

Para-para Sultan ingin melantik Tun Ghaffar menjadi PM Malaysia

Sultan memberitahu kalau pilihan raya diadakan takut krisis berlaku

Ini akan menyusahkan seluruh rakyat Malaysia

Lebih-lebih lagi rakyat Cina yang akan berhadapan dengan kesusahan itu

India dan Cina menerima pandangan itu dan bersetuju

Tun Ghaffar pun naik menjadi PM dan berkuasa

Pilihan raya pun tidak akan diadakan

Mahathir pula terhina kerana selepas itu rakyat makin menghinanya

Bahkan orang kampung pun tidak boleh menerimanya

Berbagai-bagai rakyat bersuara menempelak, mencaci, mengata

dan ada yang hendak membawanya ke mahkamah

Ada yang mengatakan pula cukuplah itu dia telah dihina oleh rakyatnya

Tidak dibawa ke mahkamah pun dia telah sangat terhina dan malu

Tun berkuasa di antara 3 hingga 6 bulan

Tun merasakan dia tidak mampu meneruskan kepimpinannya

Kerana orang ramai sudah terlalu jauh kesedarannya terhadap Islam

Ia pun berpakat dengan para-para Sultan dan Agung untuk mencadangkan saya

Semua para Sultan boleh menerimanya

Maka Daulah pun bermula

Orang-orang politik terpinga-pinga dan malu

Terutama ulama-ulama di dalam PAS sangat malunya

Kerana jalan yang mereka yakin tidak membawa hasilnya

Menunjukkan perjuangan mereka adalah palsu

Selepas itu mereka membisu

 

26.9.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer