warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Remaja Harapan







Remaja Harapan




Remaja Harapan

 

Putera-puteri pemuda-pemudi adalah pemimpin pelapis di masa depan

Pemimpin pelapis bagi sebuah negara, bangsa dan agama demi kebahagiaan dan keselamatan

Mereka yang akan mengambil alih pimpinan negara, mengganti pemimpin yang ada sekarang

Kalau pemimpin yang ada tidak pandai mendidik, menjaga mereka, pemimpin yang akan datang dari mereka akan merosakkan negara, bangsa dan agama Islam

Mereka adalah aset bagi satu bangsa dan negara

Aset yang lebih berharga daripada aset semulajadi yang menjadi khazanah negara

Bahkan aset yang mati dan beku itu, aset yang menjadi man power itulah yang akan menggerak dan mentadbirnya

Kalau mereka telah rosak kerana kecuaian pemimpin yang ada, kekayaan negara di masa hadapan merekalah yang akan membolotnya

Bagaiman menjaga mereka sebagai aset negara dan bangsa?

Bangunkan akal mereka dengan berbagai-bagai bidang pengetahuan dan pengalaman untuk agama, bangsa dan negara

Jagalah kesihatan mereka hingga fizikal mereka terpelihara, cergas dan berguna

Didiklah nafsu mereka agar tidak rakus dengan nikmat dunia

dan tidak sombong dengan kerjayanya

Bangunkan roh mereka dengan mengenalkan Tuhan, takutkan Tuhan, cintakan Tuhan, tanamkan rasa bertuhan

Hati mereka akan bersih dari noda-noda dunia

Mereka akan menjadi manusia berakhlak mulia

Akhlak yang mulia adalah bunga diri dan bunga bangsa

Hati mereka yang bersih itulah ketahanan diri mereka daripada godaan dunia dan betina

Jika mereka berhadapan dengan kesusahan dan penderitaan, jiwa mereka tahan

Mereka akan sabar menerima ujian sama ada daripada manusia mahupun

kejadian bencana alam

Gejala-gejala negatif daripada luar buatan musuh mereka dapat hindarkan

Kerana ketahanan jiwa mereka begitu kebal dan tebal

Pemimpin yang ada sekarang diharap ambil perhatian terhadap anak-anak muda

Tersilap mendidik mereka, merekalah yang akan menghancurkan agama, bangsa dan negara mereka

Satu bangsa kalau sudah tersilap, untuk memulihkannya semula memakan masa

ratusan tahun lamanya

Aduh berapa generasi yang akan rosak dibuatnya

Moga-moga Tuhan lindungi kita semua

 

1.3.2004 1

Menjelang Maghrib

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer