warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Rasulullah Imam







RASULULLAH IMAM




Rasulullah Imam

 

Ya Rasulullah! Ya Imamul ummah! Ya Qudwatul hasanah

Allah utus engkau membawa rahmat dan berkat

Kedatangan engkau, Allah dapat dikenal dan disembah

Allah dibesarkan, dipuji dan disucikan

Selawat

Ketibaanmu ya Rasulullah orang kenal Akhirat

Akhirat diutamakan dan tempat kembali

Orang yang cinta Akhirat jual dunia kerana Allah

Dunia dijadikan jambatan laluan ke Akhirat

Selawat

Ya Nabiyallah, ya Rasulallah kedatangan engkau membawa kasih sayang

Membawa perpaduan, kesatuan dan kerjasama

Engkau adalah sebagai contohnya untuk ikutan

Engkau bercakap, engkau berbuat, itulah akhlak engkau

Selawat

Engkau ya Rasulallah, ayah, ibu, guru, pemimpin dan kawan

Sepatutnya ulama-ulama waris engkau, sifat-sifat ini pakaian mereka

Tapi berapa orang sahaja yang dapat menjejaki sifat-sifat engkau

Kerana itulah umat terbiar dan umat tersasar

Selawat

Ya Allah datangkanlah seorang pemimpin berwatak rasul

Yang membawa akhlak, membawa kasih sayang dan ukhwah

Peribadinya adalah contoh  dan ikutan umat

Agar umat Islam kembali bersatu dan membawa kemenangan

Selawat

 

24.11.2002 2

Selepas Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer