warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Ramai Tersalah Memberi Takut Dan Cinta







Ramai Tersalah Memberi Takut Dan Cinta




Ramai Tersalah Memberi Takut Dan Cinta

 

Ramai orang tersalah bagi takut dan cinta

Memberi ketakutan dan kecintaan yang tidak ada kuasa

Cinta dan takut kepada manusia dan benda-benda yang tidak bernyawa

Yang tidak dapat menjaga, mengawal, menyelamatkan dan membahagiakan manusia

Memberi seluruh harapan kepada makhluk ciptaan Tuhan

Tidak ada sedikit pun di ruangan hatinya rasa cinta dan takut kepada Tuhan penciptanya

Tuhan yang Dia adalah sumber segala-galanya

Padahal manusia, harta, pangkat dan entah apa lagi benda yang menjadi pujaan manusia

Tidak dapat pun membendung penyakit, tidak dapat menahan kehilangan harta

Perkara dan benda yang dipuja, tidak dapat menghalangnya daripada bencana alam, difitnah dan dibunuh orang

Kerana itulah manusia di dunia menderita di dalam kesenangan

Ketakutan di dalam kemewahan

Adakalanya perempuan yang menjadi kecintaannya menghambanya atau mengkhianatinya

Kerana itulah huru-hara dan gejala-gejala yang menakutkan sengaja Allah biarkan bermaharajalela

Seolah-olah Tuhan berkata:

Kalau Aku bukan menjadi kecintaan dan ketakutan engkau

Aku tidak ada di dalam kamus hidupmu

Kalau Aku sudah tidak diperlukan lagi

Sekarang Aku hendak serahkan kepada engkau

Manusia, betina dan harta benda yang menjadi kecintaan dan ketakutan engkau

Menjaga segala urusan hidup engkau

Mampukah perkara-perkara dan benda-benda itu menjaga engkau?!

Aku berlepas diri

Sekarang risiko ............kerana manusia sudah tidak ada pergantungan dengan Tuhan

Manusia sedang berhadapan dengan neraka dunia di dalam kemajuan

 

18.8.2001 - 1

Selepas Ekspedisi

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer