warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Ramai Beribadah Secara Jahil







Ramai beribadah secara jahil




Ramai Beribadah Secara Jahil

 

Di akhir zaman ramai umat Islam beribadah secara jahil

Kerana mempelajari syariat secara rambang sahaja

Tidak faham peranan syariat

Tidak faham mana yang fardhu, mana yang wajib, mana yang sunat

Sah batal pun tidak begitu difahami oleh ramai umat Islam

Apakah beribadah seperti ini Tuhan terima?

Adakalanya kerana mengejar fadhilat terlanggar yang fardhu dan yang wajib

Kerana membuat yang sunat tidak peduli pantang-larang syariat

Hendakkan fadhilat puasa Isnin Khamis, waktu berbuka tidak kira makanan halal atau haram

Kerana mengejar pahala umrah, setiap tahun mengerjakan umrah

Fakir miskin depan rumah diabaikan, bahkan dibiarkan

Kenduri arwah tidak dicuaikan, tapi sembahyang fardhu diabaikan

Kerana hendakkan fadhilat sembahyang di raudhah

Berkasar dengan orang, sakit pula hati orang yang wajib dijaga

Kerana hendak mencium hajarul aswad melanggar dan menyiku orang

Padahal perbuatan itu adalah haram

Mencium hajarul aswad hanya sunat sahaja di dalam Islam

Tidak mencium bukan satu kesalahan

Rajin bersembahyng malam tapi bakhil menjadi pakaian

Sombong menjadi budaya sedangkan perbuatan itu adalah haram termasuk dosa besar

Rajin berdakwah, sering membuat ceramah tapi kerana nama dan glamour yang dilarang Allah

Beribadah di masjid rajin, tapi di rumah Allah Taala itu jugalah dia mengumpat,

bercerita tentang dunia

Berpuasa sunat jarang ditinggalkan tapi sepanjang  hari membuka aurat atau pakaian ketat

Meninggalkan sunat bukan satu kesalahan, mendedahkan aurat perkara yang dilarang

Begitulah umat Islam bersyariat di akhir zaman

Rajin juga beribadah tapi pantang larang, tata tertib, mana yang utama tidak difaham

Kalau di Mekah atau di Madinah, bersembahyang di kedua-dua masjid ini ada yang melangkah orang sedang bersembahyang

Berkasar dengan orang kerana merebut tempat sembahyang

Di dalam beribadah berkecai ukhuwah dan kasih sayang yang sangat dituntut oleh Islam.

 

Lepas Zuhur

31.8.2001

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer