warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Ramai Yang Tidak Faham Erti Berjuang







Ramai Yang Tidak Faham Erti Berjuang 





Ramai Yang Tidak Faham Erti Berjuang

 

Sudah lama kita berjuang masih ada lagi di kalangan yang berdolak-dalik

Masih ada yang berjuang dikaitkan dengan kehidupan masa depan

Kalau tidak jadi daulah macamana masa depan kita?

Kalau jadi eloklah, tapi mestikah jadi?

Berjuang jadi atau tidak jadi daulah tidak boleh disangkutkan dengan makan minum

Jadikah daulah atau tidak ia tidak ada hubungan dengan perjuangan kebenaran

Jadi atau tidak daulah kalau perjuangan kita benar Tuhan tetap redha

Yang penting redha Tuhan

Kalau jadi daulah jika Tuhan tidak redha kerana ada kepentingan tetap Tuhan murka

Perjuangan kita itu tetap sia-sia

Kalau perjuangan ini benar tidak berlaku daulah pun tidak mengapa

yang penting redha Tuhan

Habis kalau ada orang berjuang mengharapkan jadi daulah baru berkorban habis-habisan

Kalau takut tidak jadi, berkorban ditahan-tahan?

Kalau jadi daulah apakah ada yang hendak ambil peluang untuk kesenangan?

Apakah sudah ada yang berniat jika jadi daulah hendak bermewah-mewahan?

Kita harap terjadinya daulah bukan untuk kesenangan atau ambil peluang

Terjadinya daulah untuk iman, untuk taqwa, untuk kedaulatan Islam

Kerana dengan kuasa diharap Islam lebih laju daripada sekadar dakwah secara lisan

Pengaruh kuasa lebih besar daripada berdakwah

Janganlah tujuan daulah dipesongkan

Daulah bukan untuk peluang cari makan

Kalau itulah niat  di kalangan kita, jangan berjuang dari sekarang

Jangan berkorban dari sekarang, simpanlah wang

Kumpullah wang untuk kesenangan

Kalau daulah terjadi bukan engkau orangnya

Mana boleh berjuang  dikaitkan dengan cari makan

Engkau telah merendahkan perjuangan Tuhan

Perjuangan Tuhan engkau duniakan

Engkau telah menghina perrjuangan Tuhan

Perjuangan Tuhan untuk iman, untuk taqwa, bukan untuk cari makan

Perjuangan Tuhan tujuan mengislamkan orang

Agar mereka semuanya selamat dunia Akhirat dari kehinaan

 

18.10.2004 1

Selepas Tarawih

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer