warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Raja Di Dalam Kerajaan Diri







Raja Di Dalam Kerajaan Diri




Raja Di Dalam Kerajaan Diri

 

Hai hati raja diri!

Mengapa engkau tidak jatuh hati kepada Raja segala raja

Raja yang mewujudkan, mentadbir, menjaga, mengatur, mengurus, menghidup, mematikan, mengadili dan menghukum engkau

Engkau hanya raja diri, gelaran yang diberi oleh Raja segala raja hanya sementara

Hakikatnya engkau bukan raja

Kerana engkau tempat perhatian Tuhan, engkau dipandang mulia

Mulianya engkau sekiranya engkau cinta kepada-Nya, Dia Raja segala raja, Maha  Agung, Maha Baik, Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang

Hai hati raja diriku!

Sepatutnya engkau bersama Tuhanku!

Mengapa engkau jarang sangat bersama-Nya?!

Mengapa engkau bersama Tuhanku hanya sekali-sekala?

Aku perasan engkau selalu sahaja bersama duitku

Kerana apa engkau sering sahaja dengan isteriku?

Kadang-kadang engkau bersama kereta besarku

Tidak kurang engkau selalu sahaja dengan rumahku

Apakah engkau sudah jatuh hati dengan duitku, dengan isteriku,

dengan keretaku dan rumahku?

Mengapa jatuh cinta kepada kepunyaanku, yang bukan itu semua yang menjadikan engkau?

Bukan sahaja Dia Pencipta engkau, Dia Pentadbir, Pengurus, Penjaga, Pemurah, Pengasih,

menghidup dan mematikan engkau

Kalau engkau benar-benarlah mengenal-Nya, Engkau akan jatuh hati kepada-Nya

Jika engkau jatuh hati kepada-Nya, engkau akan sentiasa bersama-Nya

Engkau akan mabuk dengan-Nya

Sekiranya orang tahulah percintaan engkau dengan-Nya engkau akan dianggap orang gila

 

5.3.2004 2

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer