warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Rahmat Allah Kepada Orang Yang Bertaqwa







Rahmat Allah Kepada Orang Yang Bertaqwa




Rahmat Allah Kepada Orang Yang Bertaqwa

 

Dengan rahmat Allah ada  orang bertaqwa banyak dapat pahala yang bukan amalannya atau bukan amalan lahirnya

Bukan pahala hasil usahanya

Niat yang baik tapi dia tidak dapat berbuat diberi pahala

Seperti penderitaan, kesusahan, kesakitan yang ditimpakan kepadanya sabar dia menerimanya

Niat jahat tapi tidak jadi hendak buat pun dapat pahala

Orang mencacinya, menfitnahnya, menghinanya, hasad dengki dengannya

dia tidak membalasnya bahkan mendoakannya

Kehendak-kehendaknya yang tidak tercapai, kadar yang dia mahu tidak sampai,

dia redha menerimanya

Ilmu yang dia ajarkan, kemudian orang yang mendengar itu mengamalkan,

pahala baginya yang mengajar

Kebaikan yang seseorang itu lakukan, kemudian diikut orang, dianggap macam dia melaksanakannya

Anak yang soleh hasil didikan ibu bapanya, setiap apa yang diamalkan oleh anak-anaknya dia dapat pahalanya

Fakir, miskin ada yang dia inginkan, kerana susahnya tidak dapat dia hasilkan,

pahala baginya

Bahkan setiap apa sahaja yang dia inginkan tidak mampu mendapatkannya

Tuhan beri pahala

Ada godaan-godaan dunia yang haram mempengaruhinya kerana dengan Tuhannya dia jauhi  pahala pula baginya

Doa yang tidak dikabulkan di dunia pahalanya diberi di Syurga

Rasa kehambaan seseorang hamba, malunya kepada Tuhan, rasa bertuhan semuanya pahala, ia bukan perbuatan

Rasa takut, cinta kepada Tuhan yang mempengaruhi hatinya juga pahala

yang juga bukan bentuk amalan

Lihat orang susah rasa kasihan,  melihat orang menderita dia rasa derita

Melihat orang senang atau mendapati kejayaan dia turut gembira juga pahala

Itulah dia sebahagian pahala percuma yang didapatii oleh orang yang bertaqwa

yang bukan hasil perbuatan

Pahala-pahala percuma itu adakalanya lebih banyak daripada pahala yang dibuatnya

Begitulah rahmat Tuhan kepada orang yang bertaqwa

 

3.3.2004 2

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer