warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Punca Gelap Hati







Punca Gelap Hati




Punca Gelap Hati

 

Janganlah banyak ketawa

Lebih-lebih lagi ketawa terbahak-bahak macam orang tidak siuman

Banyak ketawa hati mati

Tanda lalai atau lupa dengan Tuhan

Banyaklah menangis di dunia ini

Kerana nasib kita belum tahu lagi

Samaada di dunia mahupun di Akhirat sana

Macam-macam boleh terjadi kepada diri kita

Eksiden boleh berlaku, patah kaki

Sakit yang teruk boleh terjadi

Rumah kita terbakar, anak mati

Orang bunuh kita pun boleh jadi, bahkan macam-macam lagi

Di Akhirat pun belum tahu lagi

Ke syurga atau ke neraka yang amat azabnya

Insafkanlah diri, ingatlah mati

Beribadahlah dan beramal sebelum mati

Banyaklah menangis jangan banyak ketawa

Banyak ketawa tanda kurang  akhlak,  hati buta

Ingatlah Allah sebanyak-banyaknya dan takutkannya

Kerana Allah yang akan menentukan nasib kita

 

Lepas Subuh

24/12/2002.

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer