warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Pujian Dan Sanjungan Perosak Jiwa







Pujian Dan Sanjungan Perosak Jiwa





Pujian Dan Sanjungan Perosak Jiwa

 

Kerana sanjunganlah hati engkau rosak

Kerana pujianlah jiwa engkau riyak

Kerana engkau dihormatilah hati engkau punah dan musnah

Hati engkau punah kerana jiwa engkau lemah

Engkau diarak ke sana ke marilah ego engkau tinggi

Lupa Tuhan, lupa mati, engkau pun bangga dengan diri

Kejayaan engkau itulah yang membawa engkau lupa diri, rosakkan hati

Engkau tidak tahan rupanya dengan sanjungan orang, lemahnya jiwa engkau

hingga kalah oleh pujian

Maka satu ketika engkau tidak dipuji jiwa engkau luka, kecewa

Rapuhnya jiwa engkau tidak tahan oleh pujian

Takkan selama-lamanya orang sanjung dan puji

Ketika engkau ada nama adalah pujian

Di waktu tidak ada nama, pujian pun entah ke mana

Di masa itu engkau akan kecewa, mahu gila

Di waktu ada pujian jiwa engkau ada makanan, kenyanglah jiwa

Di masa tidak ada pujian jiwa engkau lapar pula

Kerana makanan jiwa engkau biasanya pujian

Pujian adalah penting buat engkau

Tidak ada pujian laparlah jiwa engkau

Rupanya engkau makan puji

Berapa lamalah orang hendak memberi makan dengan pujian

Di waktu mendapat kejayaan adalah pujian kenyanglah jiwa engkau

Takkan selama-lamanya engkau mendapat kejayaan

Ketika tidak berjaya mana ada lagi pujian untuk engkau

Di waktu itu laparlah jiwa engkau

Kecewalah  engkau, deritalah engkau

Selepas itu ke mana lagi engkau?

Sesudah itu tentulah engkau mati

Rupanya pujian itulah yang mencelakakan engkau

Tempatnya adalah Neraka buat engkau

Sungguh malang engkau kerana pujian dan sanjungan ke Neraka engkau  

 

14.9.2004 2

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer