Pimpinan Mujaddid
Pimpinan Mujaddid
Setiap awal kurun hijrah ada pemimpin yang ditunjuk Tuhan yang dinamakan mujaddid
Begitulah yang dapat difaham daripada Hadis
Maka setiap awal kurun wajib umat Islam mencari mujaddid itu
Setiap pengikut yang taat setia yang ikut sama berjuang, gabungan mereka itu,
itulah jemaah kebenaran di waktu itu
Yang hanya menerima dari luar jemaah itu adalah simpati sahaja
Masuk jemaah bukan gelanggang hendak mencari wang atau kekayaan
atau jawatan atau nama
Masuk jemaah di zamannya adalah hendakkan pimpinan mujaddid itu
Masuk jemaah kerana inginkan ilmu-ilmu yang tidak dibawa oleh mana-mana ulama
di zaman itu
Pemimpin bersama ilmunya membawa satu pembaharuan di zamannya
sangat memberi kesan kepada pengikut-pengikutnya
Ertinya pemimpin itu bersama ilmunya dapat mendidik orang mudah dapat iman,
mudah mendapat taqwa juga berkasih sayang sesama
Ia tidak dapat dilakukan oleh ulama-ulama besar yang sezaman dengannya
Kerana itulah pemimpin itu banyak musuh-musuhnya
Ujian yang ditimpakan Tuhan terhadapnya amat berat terutama daripada ulama
dan pemerintah di zamannya
Sepertilah yang pernah ditimpakan kepada para-para Rasul alaihimussolatuwassalam
di zamannya
Ahli jemaah adalah orang yang bersama berjuang di dalam jemaah
Bukan sekadar bekerjasama itu hanya dianggap simpati sahaja
Ahli sanggup berkorban kepada jemaah dan terkorban kerananya
Bukan jemaah berkorban untuk ahli-ahlinya
Kalau seseorang rasa terkorban kerana jemaah dan kesal, itu adalah satu kesilapan besar
Jika seseorang sedih jemaah belum berkorban untuknya itu orang ada kepentingan
Sepatutnya setiap ahli berfikir sudahkah aku berkorban untuk jemaah
Bukan berfikir sudahkah jemaah berkorban untuk aku
Jadi masuk jemaah Tuhan tidak semudah yang difikirkan
Kerana itulah jangka panjang ramai ahli yang tertapis tinggal sedikit sahaja baru menang
Setelah dikeluarkan orang-orang yang ada kepentingan mungkin wang,
mungkin kekayaan, mungkin jawatan, mungkin nama, barulah diberi kejayaan
Keuntungan yang dapat di dalam jemaah ialah pemimpin, ilmu, iman,
taqwa dan kasih sayang
Soal wang kalau dapat alhamdulillah kalau tidak dapat bukan masalah
Tidak dapat berkorban untuk jemaah itulah masalah
Tujuan masuk jemaah kebenaran untuk membaiki diri bukan kepentingan peribadi
Kalau orang berkata: “Jemaah bukan ada memberi apa-apa kepada saya,
sayalah yang berkorban untuk jemaah”
Sikap ini adalah orang yang celik nafsu, buta hati
Akalnya celik jiwanya mati
Orang semacam ini elok keluar sahaja dari jemaah atau dikeluarkan sahaja
agar tidak menghijab jemaah daripada bantuan Tuhan
Pada kita guru, ilmu, iman, taqwa dan kasih sayang yang diperolehi di dalam jemaah
itu amat mahal
Tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, betapa pulahendakkan wang ringgit
Kerana iman, taqwa dan perpaduan, wang ringgit dikorbankan
bukan iman dan taqwa dikorbankan kerana wang ringgit
Mengapa ada umat Islam yang tidak faham bahkan yang lama berjuang pun
mudah kecundang
Niat berjuang sudah dipesongkan, sungguh menyedihkan
12.9.2004 – 2
Selepas Isyak / menjelang tidur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 822 reads
Post new comment