warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Perwatakan Wanita







Perwatakan Wanita





Perwatakan Wanita

13.6.2004 5

Menjelang tidur

Mari kita mengenal watak perempuan secara umum

Mengenal secara rambang sahaja

Lemah lembut, pemalu, halus perasaaannya, tabah,

kerana itulah sesuai menjaga anak-anak atau kanak-kanak

Suka disayangi, sifat yang sangat menonjol, mudah merajuk, mudah pula dipujuk

Suka sangat bersolek dan bercantik-cantik, suka minta perhatian manusia

Kerana itulah perempuan terutama yang muda suka menunjuk-nunjuk

Mudah lemah semangat, bimbang dan penakut

Kalau pemurah pemurah sangat, kalau kedekut terlalu kedekut

Suka perhiasan, suka berkemas, suka bersmart-smart

Pandai berjimat hingga jadi kedekut

Jika duduk ramai-ramai sesama mereka lumrah perbualannya sekitar makan minum, pakaian, perhiasan, rumah, anak, tentang sikap suaminya

Jarang berbual tentang politik, sejarah, agama, perjuangan, tentang bangsa dan negara

Mengata dan mengumpat lebih daripada laki-laki hingga jadi budaya

Sedihnya dengan air mata, gembiranya pun dengan air mata

Ertinya menangis itu sudah tabiat wanita atau perempuan merata-rata dunia

Kalau dia marah dengan suaminya, dia boleh lupa jasa suaminya

Setelah berkeluarga pergantungan dengan keluarga (ibu bapa) masih kuat

dibandingkan kaum bapa

Kerana itulah wanita lebih kerap pulang ke kampung berjumpa keluarga dari kaum bapa

Kalau suaminya berpangkat tinggi dia juga turut merasa berpangkat tinggi

terutama di dalam tentera

Dia boleh arahkan suaminya mengikut kehendaknya

Pakaian suka bertukar ganti lebih daripada laki-laki

Sangat cemburu lebih daripada kaum bapa

Kerana itulah menentang dimadu, bercerai pun tidak apa kalau dimadu

Sekalipun dia tidak mampu lagi melayan suaminya namun dimadu dia tidak akan mahu

Kalau kerja dia lebih tekun daripada kaum bapa

Kaum bapa gelisah sahaja ingin cepat habis masa terutama kerja di pejabat

Sombong dan megah lebih menonjol daripada kaum bapa

Membeli-belah memang wataknya, kaum bapa terpaksa mengikut sahaja

Begitulah watak kaum wanita secara sepintas lalu atau secara rambang

Kerana itulah kalau tidak pandai mendidik perempuan biasanya

kaum bapa juga ikut kecundang

Bukan senang mendidik wanita kecuali kaum bapa yang luarbiasa

 

13.6.2004 5

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer