warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Pertarungan Antara Ba Dan Bn







Pertarungan Antara BA dan BN





Pertarungan Antara BA dan BN

 

Kita sedang melihat pertarungan di antara dua golongan

Di antara golongan Alternatif dan golongan BN

Setiap hari berlaku peperangan di antara dua golongan ini dengan sengitnya

Terjadilah peperangan propaganda, peperangan dingin dan peperangan psikologi

Tuduh-menuduh pun berlaku, kata-mengata terjadi, fitnah-memfitnah lumrah terjadi

Bongkar-membongkar, cungkil-mencungkil rahsia yang sulit yang memalukan, semuanya terbongkar

Dua golongan ini secara sedar mahupun tidak semuanya dapat malu

Dari hari ke hari dua golongan ini di hadapan rakyat jatuh wibawa

Mereka itu macamlah dua golongan budak-budak bergaduh, maki hamun, carut-mencarut pasti berlaku

Macam-macam golongan terlibat termasuk golongan ulama tidak terkecuali

Sedangkan rakyat menonton, melihat dan memerhati

Rakyat sudah mula memandang dua golongan ini dengan benci dan jijik

Orang ramai telah mula bercakap-cakap di sana sini

Kalau dahulu Mahathir dan kroni-kroninya yang dicaci dan dicemuh

Sekarang golongan Alternatif pula menerima padahnya

Mereka juga telah dibual-bualkan oleh orang ramai di merata-merata negara

Rakyat sedang merasa kekosongan pemimpin

Mereka sedang mencari-cari dan menunggu-nunggu tidak tahu siapa orangnya

Yang ada ini semuanya tidak boleh dipakai dan dipercaya

Dua golongan ini iaitu BN merasakan dapat mempertahankan diri

Alternatif pula telah berangan akan mengambil alih dan menggantinya

Bergaduh punya bergaduh, berkelahi punya berkelahi, golongan yang tidak diduga yang akan untung

Dengan kuasa Tuhan satu khawariqul adah akan terjadi

Jemaah yang telah dihancurkan, pemimpin yang telah dilupakan yang akan berkuasa

Antan dan lesung berantuk-antukan, ayam yang kenyang

Di waktu itu pemimpin dua golongan ini tergigit jari dan tercengang-cengang

Peristiwa ini sedikit masa lagi akan berlaku

Tunggulah, dia pasti terjadi

 

Lepas Asar

15.9.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer