warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Pertahanan Diri Umat Islam







Pertahanan Diri Umat Islam




Pertahanan Diri Umat Islam

 

Pertahanan diri umat Islam sebenarnya adalah rohnya

Baju besi maknawi dan rohani dari serangan kelemahan dari luar masyarakatnya

Gejala-gejala yang tidak sihat yang datang daripada perang saraf dan gerak saraf musuh seperti Yahudi untuk melemahkan ketahanannya

Yang dimaksudkan di sini ialah iman taqwa dan perpaduan ilmu pengetahuan mereka

Di aspek-aspek yang lain seperti kekayaan hanya kekuatan sampingan

Untuk memulihkan kekuatan itu memerlukan seorang pemimpin

yang di’backing’ oleh Tuhan

Yang peribadinya dan sikapnya adalah Hadis dan Al Quran

Semua rakyat menerima ilmu dan pimpinannya

Rakyat taat dan setia, hormat dan sayang kepadanya

Pemimpin yang ilmunya luar biasa, yang boleh mendidik umat menjadi baik

Kerana akhlaknya orang jatuh hati kepadanya, kerana kasih sayangnya

orang jatuh cinta kepadanya

Akhirnya orang fanatik kepadanya dan hidup mati bersamanya

Mana ada pemimpin Islam di hari ini, seperti ini yang kita idamkan?

Marilah kita berdoa kepada Tuhan, moga Allah Taala tunjukkan

Semoga Allah Taala akan lahirkan pemimpin yang memberi kekuatan  sejagat

kepada umat Islam

Pemimpin itu dengan rakyat umum cinta-mencintai

Pemimpin itu boleh menjadi tali pengikat kepada semua

Umat bersatu kerananya,

Umat patuh kepadanya, dia  boleh menjadi pemutus segala masalah

Kita sedang menunggu pemimpin itu

Tuhan telah menjanjikan bahawa pemimpin itu disimpan untuk akhir zaman

Demi kedaulatan Islam kali kedua yang sempurna sebelum dunia dikiamatkan

 

28.2.2004 – 2

Menjelang Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer