warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Persoalan Ibadahmu







Persoalan Ibadahmu





Persoalan Ibadahmu

 

Engkau beribadah kerana Syurga atau kerana Tuhan, jawab di dalam hati sahaja

Engkau beribadah kerana takut Neraka atau kerana takut Tuhan semesta?

Jawablah lagi di dalam hati tidak payah dinyata

Cukuplah engkau seorang yang tahu sahaja

Engkau beribadah hendak cari pahala atau hendak cari keredhaan Tuhan?

Engkau jawablah sendiri di dalam hati

Kerana engkau sahaja yang tahu niat mengapa engkau beribadah

Engkau beribadah kerana cari fadhilat atau kerana hendak melahirkan rasa hamba?

Hati engkau boleh menjawabnya

Engkau beribadah hendak membesarkan Tuhan atau hendak membesarkan pahala?

Engkau jawablah sendiri, yang tahu hati engkau sahaja

Engkau beribadah kerana hendak merendah diri atau hendak membesarkan diri

kerana bangga dengan ibadah engkau?

Aku tanya ini  engkau jawablah sendiri

Engkau beribadah adakah engkau rasa hina di hadapan Tuhan yang Maha Kuasa?

Engkau tentu tahu Tuhan itu siapa?

Kalau engkau kenal benar-benar Tuhan waktu beribadah itu

engkau sangat terasa hina bukan?

Rasa kerdilnya diri di hadapan Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa

Selepas beribadah apa engkau rasa?

Senang, tenang, cemas, bangga, puas hati, tidak terasa apa-apa?

Bolehkah engkau menjawabnya dengan tepat mengikut sepatutnya

Itulah di antara jawapan-jawapan yang patut engkau jawab secara tepat

Jawapan sebagai seorang hamba yang  benar-benar kenal dirinya

Jawapan seorang hamba yang benar-benar kenal Tuhannya

Jawapan seorang yang terasa hamba

Jawapan seorang hamba yang rasa bertuhan yang  sangat tebalnya

Kalau tidak begitu jawapannya tentu tidak tepat

Jika tidak tepat engkau bukan beribadah sebenarnya

Kalau beribadah tidak sebenarnya, ibadah itu tidak mengubah sikap engkau

Ibadah tidak membangunkan jati diri engkau

Ibadah itu tidak ada harga di sisi Tuhan engkau

 

7.10.2004 2

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer