warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Perpaduan Ada Hubungan Dengan Kesatuan Hati







Perpaduan ada hubungan dengan kesatuan hati 




Perpaduan Ada Hubungan Dengan Kesatuan Hati

 

Perpaduan dan kesatuan satu bangsa ada hubungan dengan kesatuan hati atau jiwa

Dikuatkan lagi oleh keselarasan akal dan fikiran

Diperteguh pula oleh rasa kasih sayang sesama sebangsa

Tapi bukan senang hendak mencetuskannya

Kerana hati atau jiwa sifatnya atau wataknya sentiasa berbolak-balik tidak menentu sahaja

Jiwa perasaannya selalu sahaja berubah yang payah dikawal oleh manusia

Berubah keadaan, berlaku berbagai-bagai kejadian, terjadi bermacam-macam peristiwa sama ada positif atau negatif

Berubah pula sikap atau sifat jiwa

Untuk mengendalikan jiwa amat susah sekali

Kadang-kadang disebabkan perubahan jiwa orang yang cerdik hilang cerdiknya

Orang yang pandai menjadi bodoh dibuatnya

Tidak kurang pula berubah jiwa hilang kasih sayang

Dari mulanya berkasih sayang, timbul benci pula

Pada mulanya berbaik-baik jadi permusuhan pula

Seolah-olahnya kesatuan dan perpaduan umat itu ditentukan oleh perasaan hati/jiwa

Oleh itu untuk kestabilan hati/jiwa mesti tahu rahsianya

Perjuangkan semula Tuhan

Hingga manusia cinta dan takut dengan Tuhan yang mencipta manusia

Rasa kehambaan subur semula

Maka hati/jiwa pun dapat dikekang dan dikontrol agar sentiasa stabil

Diikat oleh cinta dan takutkan Allah

Maka perpaduan dan kesatuan umat pun berbunga semula

Itulah dia rahsia perpaduan dan kesatuan umat

Kalau kita mahu perpaduan dan kesatuan umat itu berlaku di dalam alam kenyataan

 

29.8.2001

Selepas XPDC

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer