warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Perkenalan Tapi Tidak Persahabatan







Perkenalan Tapi Tidak Persahabatan





Perkenalan Tapi Tidak Persahabatan

 

Berkawan sesama sekampung atas dasar satu kampung tidak akan kekal

Apabila sesama dewasa, setelah desakan hidup, akhirnya terpisah juga

Setelah lama  berpisah hubungan hati semakin renggang,

akhirnya ingatan satu sama terus hilang

Kawan sepersekolahan bukan dirancang, hanya secara kebetulan

atas dasar menerima ilmu di bawah satu bumbung

Kerana sekolah itulah sama-sama dihantar oleh sekolah sebelumnya

Bertemu selalu bukan cita-cita satu perjuangan, hanya bertemu secara kebetulan

Setelah habis persekolahan terpaksa berpisah, kerana mendapat kerja di tempat berlainan

Masing-masing tidak pula menyambung perkenalan dan pertemuan,

kalau bertemu pun secara kebetulan

Bukan berkenalan kerana satu cita-cita perjuangan

Berkenalan semacam ini tidak akan terjalin kasih sayang

Paling baik hanya sekadar tidak bermusuhan

Pertemuan secara ini tidak mungkin berlaku ikatan hati  berpanjangan

Bertemu selalu di gelanggang permainan atau di gelanggang olahragawan kerana hobi dan mencari ketenangan, hati tidak akan ada ikatan

Apabila tidak lagi mampu bermain, pertemuan sekadar di gelanggang, tidak berpanjangan

Begitulah kehidupan rata-rata umat Islam di hari ini sekadar perkenalan

Perkenalan tidak membawa persahabatan

Perkenalan tidak membawa kasih sayang

Oleh itu bagaimanalah hendak melahirkan kesatuan dan perpaduan umat Islam

Tidak ada kasih sayang, tidak ada kesatuan, tidak ada perpaduan,

tidak ada kekuatan, tidak ada pembelaan

Di dalam satu parti pun jatuh-menjatuhkan, lebih-lebih lagi tidak ada kasih sayang

Ada orang  tidak faham di dalam satu parti sudah dianggap itulah perpaduan

Kasihan mereka tidak dapat membezakan persatuan dengan perpaduan

Sungguh malang

 

27.6.2004 1

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer