warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Perkara Yang Besar Dan Agung







Perkara Yang Besar Dan Agung





Perkara Yang Besar Dan Agung

 

Perkara yang besar dan agung

Allah hendak hadiahkan kepada kita

Sebuah Daulah dijanjikan untuk Pemuda Bani Tamim dan orang-orangnya

Kita harap ia berlaku di tangan kita semua

Untuk menangani bukan calang-calang pemimpin

Dan bukan sebarang tokoh

Kerana di tangan mereka akan lahir berkat dan rahmat untuk rakyat semua

Dari keberkatan mereka rakyat diberi rezeki

Dan dibantu kehidupan mereka

Paling-paling tidak ada sepuluh pemimpin

Yang sangat bertaqwa yang layak menerajuinya

Kalau lebih dari itu memanglah yang kita tunggu-tunggu dan mahu

Supaya berkatnya melimpah ruah merata negara

Untuk semua rakyat jelata

Sedangkan Daulah sudah di ambang pintu

Apakah sudah ada 10 orang pemimpin yang bertaqwa untuk Daulah

Kita tidak tahu

Buat melayakkan diri, mari kita membetulkan diri

Untuk Daulah yang dijanjikan dan yang mesti tiba

Marilah kita jadikan Tuhan itu Kawan Sejati

Jadikan kawan persaudaraan hakiki

Marilah kita bersungguh-sungguh membaiki diri

Bermula dari membaiki sembahyang lima waktu yang mesti

Kemudian bersungguh-sungguh bermujahadah membersihkan hati

Kita wajibkan diri kita bersembahyang malam

Paling tidak dua rakaat Tahajud

Dan tiga rakaat Witir yang mesti

Selepas itu kita faham minda dan hayati

Kita jaga orang bawah kita macam anak sendiri

Beri kasih sayang dan dengarlah pengaduan mereka

Segala minda hendaklah disampaikan kepada mereka

Kita tajamkan rasa kehambaan dengan mendalam di dalam hati

Suburkanlah rasa bertuhan di dalam jiwa

Dan bawalah ke mana-mana

Kita rasakan bahawa diri kita paling hina

Memang kita hina

Jauhkan mengumpat, dengki, khianat

Jahat sangka sesama sendiri

Jangan menerima pujian sesama manusia

Terimalah kehinaan daripada manusia

Memang kita hamba yang hina

Lupakan kesalahan kawan dan doakan mereka

Kita berjuang dan berkorban jangan kira masa

Bertolak ansurlah dan maaf-bermaafan sesama kita

Kita pandang besarlah dosa sekalipun kecil sahaja

Kalau semua yang dicerita dapat kita lakukan dan penuhi

Insya-Allah pemimpin Daulah itu adalah kita orangnya

Marilah kita bersungguh-sungguh memenuhi syarat-syaratnya

Kerana muqaddimah Daulah sudah hampir tiba

Hanya beberapa bulan sahaja

 

Menjelang tidur

18.10.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer