warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Perjuankan Tuhan Dan Kasih Sayang







PERJUANGKAN TUHAN DAN KASIH SAYANG




Perjuankan Tuhan Dan Kasih Sayang

 

Marilah kita  berjuang menegakkan dunia baru

Untuk melahirkan satu bangsa baru

Dengan perjuangkan Tuhan dan kasih sayang

Kasih sayang membawa rasa bersama dan berkerjasama

Sudah lama kita menderita hidup berpecah belah

Sudah lama kita tersiksa hidup bermusuh dan berbalah

Bertemu tidak percaya mempercayai

Sentiasa sahaja prejudis sesama sendiri

Tidak bertemu manusia, tidak boleh hidup sendiri

Bila bertemu, curiga-mencurigai sesama manusia

Aduh ! keseorangan pun susah, bertemu orang pun susah

Begitulah jika Tuhan dan kasih sayang tidak ada di dalam hati

Marilah kita perjuangkan Tuhan dan kasih sayang

Marilah kita cintai Tuhan, sesama manusia berkasih sayang

Marilah kita rasa bersama dan berkerjasama

Kemajuan umat cepat, untungnya bersama

Kasih sayang semua suka, Tuhan keperluan bersama

Hidup aman damai, harmoni, sangat dikehendakki

Ayuh jangan lengah-lengah lagi, perjuangkan Tuhan dan kasih sayang

Inilah dia dunia baru, bangsa baru yang cemerlang

 

Selepas Subuh

27/12/02 (2)

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer