warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Perjuangkan Tuhan







Perjuangkan Tuhan 




Perjuangkan Tuhan

 

Perjuangkanlah Tuhan Dia adalah segala-galanya

Tuhan sangat diperlukan oleh semua manusia

Perjuangkanlah Tuhan hingga Dia dikenal akhirnya ditakuti dan dicinta

Takutkan Tuhan rahsia keamanan manusia, kerana orang takut membuat kesalahan sesama manusia

Cintailah Tuhan, ia adalah rahsia mencintai sesama

Mencintai sesama adalah keperluan bersama

Di sinilah akan berlaku rasa bersama dan bekerjasama

Kalau berlakulah cinta sesama manusia

Alangkah bahagianya, hidup di dalam ketakutan tidak ada

Peri kemanusiaan tinggi, hormat-menghormati terjadi

Hidup berkasih sayang, hidup penuh harmoni

Mengapa bila berjuang jadi kasar dan militan?!

Tidak ada satu ajaran di dunia yang mengajarnya

Lebih-lebih lagi ajaran Tuhan yang Maha Pengasih lagi Penyayang  

tidak membenarkannya

Mengapa berjuang menjadi ganas seperti haiwan?!

Perjuangkanlah Tuhan, dan perjuangkanlah kasih sayang

Dunia akan aman, ketakutan pun hilang

Marilah kita perjuangkan Tuhan dan kasih sayang

 

20.8.2003 2

Menjelang Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer