warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Perjuangkan Semula Tuhan







Perjuangkan Semula Tuhan




Perjuangkan Semula Tuhan

 

Kalau engkau tidak takut dengan Allah, Zat yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui

Tidak mungkin engkau takut melakukan kesalahan sesama manusia

Jika engkau tidak mencintai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Penyayang

Bolehkah engkau memberi kasih sayang sesama manusia?

Kalau dengan Tuhan yang sentiasa memerhati engkau, engkau tidak jujur

Sudah pasti engkau tidak akan jujur sesama makhluk

Dengan Tuhan pun engkau tidak boleh adil

Dengan makhluk Tuhan sudah pasti engkau tidak akan boleh adil

Tuhan yang sentiasa mempedulikan engkau, engkau tidak ambil peduli

Sudah pasti engkau tidak akan mempedulikan manusia dan makhluk Tuhan

Ertinya kejujuran engkau adalah terhenti sejauh mana engkau jujur dengan Tuhan

Keadilan engkau sesama manusia ditentukan di sejauh mana engkau adil dengan Allah

Cinta engkau sesama makhluk Tuhan adalah bersumberkan cinta engkau dengan Tuhan

Takut engkau membuat kesalahan sesama makhluk

Ia ada hubung kait dengan sejauh mana engkau takut dengan Zat yang Maha Agung

Di sini kita faham bahawa corak hidup manusia ditentukan sejauh mana ia takut atau cinta dengan Tuhan

Cintakan dan takutkan Tuhan adalah penentu sikap hidup manusia itu

Oleh itu untuk membaikkan manusia dan masyarakat

Perjuangkan semula Tuhan yang sudah dilupakan orang

Agar Tuhan ditakuti dan dicintai

Insya-Allah segala persoalan hidup manusia akan selesai

Seluruh masalah akan dapat diperbetulkan

Di sini kita lihat pembangunan insaniah itu adalah amat penting

Selepas itu bangunkanlah maddiah atau material

Ia akan berlaku seimbang

 

Menjelang Maghrib

26.12.99 (19 Ramadhan 1420)

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer