warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Perjuanganmu Membesarkan Diri







Perjuanganmu Membesarkan Diri




Perjuanganmu Membesarkan Diri

 

Apabila engkau kena diskriminasi, engkau sakit hati

Bila pembahagian rezeki engkau tidak perolehi, engkau tersinggung

Manakala jawatan diberi kepada orang yang bukan patut menerimanya

Agihan biasiswa tidak diberi secara saksama

Engkau memekik-mekik dan melaung-laung ke sini ke sana, isytihar ke seluruh negara

Tanda kecewa, melahirkan sikap tidak boleh terima

Bila engkau dikata, dituduh, difitnah lagilah engkau menderita

Bersyarah dan berceramah ke merata negara, memberitahu rakyat jelata

Hak-hak asasi engkau tersekat dan dibataskan, aduh bukan main lagi marahnya

Tapi engkau tidak pernah tersinggung manakala Allah tidak dipeduli

Engkau tidak pernah sakit hati Tuhan tidak dicintai

Tidak sedikit pun engkau marah Tuhan tidak dijadikan idola

Hak-hak Allah setiap hari dicabuli

Engkau tidak rasa tersinggung dan tidak terasa hendak marah

Ertinya perjuangan engkau telah membesarkan dirimu daripada Tuhan

Hak engkau lebih diutamakan dan dibesarkan daripada hak Tuhan

Engkau berjuang mementingkan diri engkau sendiri

Engkau memuja dirimu daripada Tuhan

Engkau tidak menjadikan Tuhan sebagai idola, tapi idola itu dirimu sendiri

Ertinya engkau dengan orang yang engkau menentang sama sahaja

Orang yang engkau tentang tidak pedulikan Tuhan, engkau juga tidak pedulikan Tuhan

Perjuangan engkau dengan musuh engkau sama sahaja

Sama-sama anti-Tuhan, sama-sama tidak pedulikan Tuhan

Engkau tuduh musuh engkau zalim

Engkau pun sama juga zalim seperti mereka

Engkau tuduh orang zalim bila kena dirimu sendiri

Tapi apabila Tuhan yang kena zalim engkau tidak peduli

Engkau telah menganggap dirimu lebih besar dari Tuhan

 

22.9.99

Selepas XPDC

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer