warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Perjalanan Nafsu Dan Syaitan Amat Merbahaya







Perjalanan Nafsu Dan Syaitan Amat Merbahaya





Perjalanan Nafsu Dan Syaitan Amat Merbahaya

 

Apabila sesuatu bangsa menguasai negara dan sesuatu bangsa lainnya

Secara fizikal negara dan bangsa itu sudah hilang kemerdekaannya dan kebebasannya

Kerana negara itu tidak ada kuasa mentadbir dan menentukan nasib negara dan bangsanya

Apabila penjajah itu menerapkan ideologinya, didikannya, budayanya dan buah fikirannya

Cengkaman penjajah itu sudah semakin menyerap dan kuat

Satu dijajah di segi fizikal dan kedua dijajah di segi mental dan rohani

Lama-kelamaan bangsa yang dijajah berubah watak

Rupanya sahaja tidak berubah tapi cara berfikir, sifat, akhlak dan budaya sudah sama dengan penjajah

Apabila bangsa itu menuntut kemerdekaan dan diberi kemerdekaan tidak kiralah cara apa pun

Terungkailah satu bentuk……penjajahan iaitu penjajahan penjajahan fizikal, tapi tinggal satu lagi penjejahan mental dan rohani

Penjajajahn fizikal walaupun sudah lama merdeka dan bebas

Adalkalanya penjajahan mental dan rohani beratus tahun masih bertapak kekal

Kesan dari penjajahan yang asalnya secara fizikal

Di dalam pada itu ramai manusia tidak tahu ada dua penjajah yang mereka tidak sedar

Penjajahan nafsu dan penjajahan syaitan

Dua bentuk penjajahan ini ramai orang kena jajah sampai mati

Sekalipun dia pandai, kaya, tentera dan polis dan orang ramai

Dua penjajah ini pemimpin dan ulama pun kena jajah secara tidak sedar

Dua penjajah ini amat dahsyat

Kerana ramai orang tidak sedar dia dijajah kecuali orang yang bertaqwa

Penjajahan dua jenis makhluk ini dahsyat dan hebat

Kerana orang yang dijajahnya dibuat seperti bola

Tidak mampu lagi mengawal dan mentadbir dirinya

Di dalam diri ada dua penjajah yang berkuasa, nafsu dan syaitan yang bermaharajalela

 

3.9.2001

Selepas Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer