warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Peristiwa Besar







Peristiwa Besar




Peristiwa Besar

 

Selepas aku isytiharkan susunan kepimpinan yang baru sempena menyambut tahun baru.

Aku macam terasa Muharram ia ada kemenangan buat kita.

Sekitar 1-10 Muharram ada sesuatu hendak berlaku

Insya-Allah kemenangan itu sudah sampai masanya

Aku tidak tahu bentuk apa, macamana?

Ia mungkin satu peristiwa atau kejadian menguntungkan kita

Ia merupakan muqadimah kemenangan di bulan Muharram ini, selepas itu akan terjadi kemenangan demi kemenangan yang besar akan berlaku.

Moga-moga apa yang aku rasa ini menjadi realiti

Biasanya mengikut pengalaman yang lalu ia berlaku.

Aku harap rasa ini akan berlaku dan terjadi

Moga-moga dengan kepimpinan yang baru ini berhadapan pula dengan tahun baru sesuatu yang menggembirakan akan berlaku

Sudah sampai masanya kebenaran itu diberi kemenangan

Kerana ia telah menempuh perjalanan masa yang lama sesudah pula berhadapan dengan berbagai-bagai ujian yang mencabar dan mencemaskan

Tapisan demi tapisan pun telah berlaku

Yang ada ini adalah intipati ahli yang sudah tertapis dan teruji

Moga-moga layaklah di tangan mereka diberi kemenangan demi kemenangan

Moga-moga mereka boleh meningkatkan lagi prestasi peribadi mereka

Hingga mereka lebih matang lagi, kemudian lahirlah Imamul Mahdi yang ditunggu

Aku harap perasaan ini Allah restu

Moga-moga ia terjadi di dalam realiti

Agar kita boleh bertambah bersyukur lagi, kemudian nikmat itu Tuhan tambah lagi.

Ya Allah rasa hati aku ini Engkau kabulkanlah

Itulah harapan kami, di bulan Muharram ini.

Amin Ya Rabbal Alamin.

 

19.2.2004 - 1

Selepas Isyak

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer