warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Peringkat Kematangan Manusia







Peringkat Kematangan Manusia





Peringkat Kematangan Manusia

 

Di dalam ajaran Islam manusia itu boleh jadi dewasa (baligh) paling cepat 9 tahun,

paling lambat 15 tahun

Ertinya manusia boleh jadi dewasa sekitar 9 – 15 tahun

Maksud dewasa di sini bukan sahaja fizikalnya atau tubuh kasarnya

bahkan keempat anasir di dalam badan

Ikut dewasa sama akalnya, nafsunya dan rohnya

Buktinya fizikal manusia setelah dewasa sekalipun berumur 9 – 15 tahun

jika dia berkahwin sudah ada nafsu dan boleh dapat anak

Akal ikut dewasa kalau mendapat pendidikan yang tepat

9 – 15 tahun sudah boleh menjadi alim dan orang yang bertanggungjawab

Bahkan boleh menjadi profesor atau doktor falsafah,

boleh hafaz Al Quran, dan hafaz ribuan Hadis

Begitu juga nafsunya akan ikut dewasa jika dididik dengan betul dan tepat

Berumur 9 – 15 tahun seseorang boleh memiliki setidak-tidaknya mendapat

nafsu mulhamah

Seterusnya roh manusia boleh dewasa mengikut tubuh kasarnya dewasa

Berumur 9 – 15 tahun kalau cukup asuhannya, rohnya boleh menjadi bercahaya dan boleh mendapat hidayah dan dapat firasat dari Tuhan dan boleh menjadi orang bertaqwa

Selama ini yang sangat dijaga jasad lahirnya sahaja, tiga anasir lagi tidak diendahkan

Ia diberi makan yang cukup, dijaga kesihatannya,

dijaga kesuburan pertumbuhan badannya

Maka badan lahirnya pun segera subur dan dewasa,

10 atau 12 tahun dia sudah baligh atau matang

Malangnya tiga anasir lagi dibiarkan tidak dididik,

bahkan tidak dipedulikan iaitu akal, nafsu dan rohnya

Oleh yang demikian seseorang itu sudah tidak seimbang lagi di dalam dirinya

Di waktu badan kasar dewasa, badan halus atau rohaninya tidak dewasa,

bahkan masih bersifat keanak-anakan

Akal, nafsu dan rohnya masih keanak-anakan, badan kasarnya sudah boleh melahirkan anak dan boleh menjadi ibu dan bapa

Jasad lahirnya sudah boleh membuat tugas besar,

jasad batinnya belum mampu bertugas besar dan penting

Akibat daripada sistem pendidikan yang tidak tepat dan tidak seimbang

Di samping para pendidik, ibu bapa, guru-guru, penjaganya tidak faham

mengimbangkan empat anasir di dalam diri manusia

Maka terjadilah empat anasir di dalam diri manusia tidak serentak dewasa

bersama tubuh kasarnya

Yang punya diri pun rugi, negara dan bangsa pun ikut rugi

kerana manusia itu adalah aset negara dan bangsa

 

31.5.2003 – 2

Menjelang Maghrib

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer