warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Peringkat Peringkat Kasih







Peringkat-peringkat kasih




Peringkat-peringkat Kasih

 

Kasih ada berbagai-bagai peringkat ada yang sejati, ada yang tidak hakiki

Cinta atau kasih ada yang mudah luntur,  ada yang payah hendak luntur

Ia adalah satu sifat ada yang berpanjangan, ada yang tercicir di dalam perjalanan hidup

Setiap kasih yang berlaku ada yang bersebab ada yang semulajadi

Kasih ada yang asli dan ada yang aradhi

Berlakunya kasih atau cinta seseorang terhadap atau kepada seseorang tidak sama

Ada yang cinta dan kasih semulajadi

Yang langsung tidak ada hubungkait dengan benda dan kebendaan

Seperti kasih anak kepada ibu bapanya

Sekalipun ibu bapa itu miskin, cacat, tidak ada pangkat, buruk

Namun anaknya tetap cinta dan kasih kepada ibu bapanya

Kasih semulajadi ini payah luntur kecuali kalau ibu bapanya terlalu kejam

Ada kasih kerana kecantikan seseorang wanita, kerana tubuh badannya yang seksi

Kasih ini ada hubungan dengan rangsangan nafsu

Kalau sebab-sebab ghairahnya nafsu sudah hilang ..

Seperti sudah tua, atau kecantikan hilang disebabkan sakit, atau kemalangan yang mencacatkan badan

Kasih pun hilang, kecuali ada pada perempuan itu akhlak yang mulia

Kasihnya masih tersangkut disebabkan akhlaknya

Berlaku juga kasih atau cinta disebabkan ilmu atau kepandaian seseorang

Terjatuh hati dengan ilmunya, maka otomatik jatuh hati kepada orangnya

Kasih ini juga mudah luntur

Jika orang itu rosak akhlaknya, hilang kasihnya  

Tidak kurang juga kasih seseorang pada seseorang kerana ternama dan ada glamour

Dia jatuh hati pada orang itu kerana terkenalnya orang itu

Cinta yang begini juga mudah luntur

Jika orang itu sudah tidak terkenal mungkin kerana sakit, atau jatuh wibawanya

Mungkin juga jatuh pangkatnya, luntur pula kasihnya pada orang itu

Biasa juga berlaku cinta seseorang pada seseorang kerana hartanya

Kekayaanlah membuatkan dia jatuh hati

Kasih yang seumpama ini mudah sahaja pudar

Jika hilang kekayaan, atau ditimpa miskin dan papa-kedana luntur pula kasihnya

Ada orang jatuh hati pada seseorang kerana pangkat dan kedudukan yang tinggi di dalam sesuatu jawatan

Dia terpikat dengan kedudukannya

Kasih yang semacam ini juga mudah luntur

Di waktu ada pangkat kasih berbunga, di waktu pangkat tidak ada kasih hilang entah ke mana

Di dalam pada itu ada orang terpaut dengan seseorang kerana kuat dan gagah

Hatinya pun terpaut dengan orang itu

Cinta yang begini juga palsu

Apabila orang itu lumpuh atau lemah kerana penyakit

Kasih pun hilang, orang yang dikasihi dahulu tinggal seorang

Ramai orang di dunia ini jatuh hati dan cinta pada orang yang akhlaknya tinggi

Seperti pemurah, juga kasih sayang, merendah diri, mesra, pemaaf, bertimbang rasa, bertolak ansur,

Berlemah lembut pakaiannya, mengutamakan orang budayanya dan lain-lain lagi sifat yang mulia

Pada orang ini semua golongan jatuh hati dan cinta

Orang ramai mabuk dengannya, sekalipun orang yang jahat perangainya

Walaupun dia seorang kafir

Kecuali orang yang hasad dengki sahaja

Yang sebenarnya kasih yang hakiki yang kekal abadi   

Cinta yang murni dan ikhlas yang tidak bersifat kebendaan

Kasihkan Allah Tuhan yang ada pada-Nya segala-galanya

Kasih yang tidak akan berhadapan dengan cacat celanya

Sekalipun Tuhan tidak dapat dilihat oleh mata

Tapi dia terasa ada-Nya di dalam jiwa

Cinta ini hanya diperolehi oleh orang yang bertaqwa

Cinta yang luar biasa

Sesiapa yang memperolehinya tidak mampu lidah bercerita

  

2.9.2001

Selepas XPDC

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer