warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Peringatan Untuk Pemimpin







Peringatan untuk pemimpin 




Peringatan Untuk Pemimpin

 

Satu peringatan untuk pemimpin

Khususnya pemimpin umat Islam hari ini

Pemimpin yang dia ditunjuk oleh jarikah!

Pemimpin terjadi dari warisan semulajadi

Atau pemimpin yang melantik diri sendiri

Pemimpin Islam ada mempunyai syarat-syarat dan ciri-cirinya tersendiri

Lainlah kalau pemimpin perompak atau penyangak

Ia ada ciri-cirinya tersendiri pula

Rosak akhlak itu memang budaya mereka

Kalau tidak, dia tidak layak menjadi pemimpin kepada mereka yang sudah rosak

Pemimpin Islam akhlak mereka bayangan Nabi

Lemah lembut dan kasih sayangnya terserlah sekali

Apabila dikritik tidak ada emosi

Tidak mudah melatah, tidak mudah menyerang membuta tuli

Yang menentangnya didoakannya agar mereka insafkan diri

Seperti yang dilakukan oleh Nabi yang patut diikuti / dicontohi

Kata-katanya penuh berhikmah, mengandungi didikan dan pengajaran yang tinggi

Mengingatkan orang kepada Ilahi

Menyedarkan orang kepada mati

Tutur, bahasanya sangat dijaga

Kata, nista, umpat dan fitnah jauh sekali

Tenang menerima ujian, tidak senang menerima pujian

Apabila orang mengejinya, dia tidak menjawabnya

Atau diucapkan dengan ucapan selamat sejahtara kepadanya

Marahnya tidak terkeluar daripada batas adab atau tata susila

Selalu sahaja memberi maaf kepada orang bawahnya

Kurang gurau sendanya, apatah lagi cakap-cakap lucah yang meloyakan

Sering mendengar pandangan pengikut-pengikutnya

Peka dengan kehidupan rakyatnya atau orang bawahnya

Sangat sabar berhadapan dengan kerenah orang ramai

Adil pakaiannya, pemurah tradisinya, sabar sikapnya

Mengugut-ugut rakyatnya sedikit sekali

Kecuali sekali-sekala apabila sangat perlu sahaja

Kepada orang-orang yang keras hati atau suka bermaharajalela

Cita-citanya tinggi, kemahuannya keras sekali

Tidak tahu kecewa, apatah lagi putus asa tidak ada di dalam kamus hidupnya

Wibawanya tinggi, karismanya sejati

Pengikut-pengikutnya sangat hormat, sayang dan malu kepadanya

Lebih daripada ibu bapa mereka

Musuhnya sangat benci

Tapi hati kecilnya mengakui kebenarannya

Bencinya itu kerana hasad dengkinya

Dia mencorak masyarakatnya, bukan masyarakat mencoraknya

Tutur katanya atas dasar ilmu, bukan atas dasar rasa dan nafsu

Menjawab tuduhan-tuduhan sekadarnya sahaja

Setakat menjelaskan, dan sekira-kira menghilangkan fitnah yang amat bahaya

Tidak mendabik dada di atas kejayaannya

Apatah lagi sombong dan mengungkit-ungkit jasanya

Merendah diri kepada sesiapa sahaja

Bercakap apabila perlu, tidak perlu dia diam sahaja

Dia tidak melakukan kerja sia-sia

Apatah lagi memaki-maki hamun, sumpah-seranah terhadap musuh-musuhnya

Tidak bercakap kotor dan mencarut yang menjatuhkan wibawanya  

Atau menjatuhkan maruah manusia

Begitulah sifat pemimpin Islam yang sejati

Yang digariskan oleh Islam pakaian Nabi

Manalah hendak kita cari pemimpin semacam ini?!

Di akhir zaman ini

Yang menjadi suri teladan rakyatnya

Yang dia dikasihi, dihormati dan dimalui atau disegani

Yang ada pemimpin yang ditakuti dan dibenci

Terpaksalah rakyat berpura-pura setia di hadapannya

Di hadapannya ditaati, di belakangnya dikata dan dinista

Ramai orang bersifat munafik dibuatnya

Kerana itulah dunia menjadi huru-hara

 

9.7.2001‏

12.15 tengah malam

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer