warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Perbezaan Berjuang







Perbezaan Berjuang





Perbezaan Berjuang

 

Berjuang untuk Tuhan tidak sama dengan berjuang untuk ibadah dan syariat

Berjuang untuk Tuhan, promosikan Tuhan, agar dia dikenal, ditakuti, dicintai,

disembah, disucikan dan diagungkan

Ibadah dan syariat akan subur dengan sendiri,

kerana ia cara atau jalan menyembah dan mengagungkan Tuhan

Berjuang untuk syariat dan ibadah mungkin kerana Syurga, atau takut Neraka,

mungkin tradisinya takutkan Tuhan, cintakan Tuhan tidak ada

Tidak fanatik dengan Tuhan, bahkan tidak sensitif dengan Tuhan,

akhirnya longgar dengan syariat  mungkin banyak ibadahnya

Kalaupun tetapnya dengan ibadahnya kerana sudah jadi tabiat,

tidak ada kesannya di dalam sikap peribadinya

Tabiatnya atau akhlaknya macam orang tidak beribadah

Dia tidak sabar, tidak cinta dengan manusia, peri kemanusiaannya tidak ada, tamak, bakhil, cinta dunia, hasad, pemarah, dendam, megah, sombong, riyak masih jadi budaya

Di dalam beribadah akhlak mulia tidak terserlah, boleh jadi jahat

Berlakulah di dalam masyarakat, ahli ibadah tidak dihormati, bahkan tidak dipercayai

Bahkan akhir zaman ini masjid tempat gelanggang beribadah,

di situlah tempat berkrisis dan berkelahi

Di dalam masjidlah tempat perpecahan, dan renggang perpaduan,

banggakan Tuhan tidak diambil kira lagi

Begitulah terjadi orang beragama kerana syariat atau ibadah atau tradisi,

bukan kerana Tuhan Allah

Adakalanya ahli ibadah itu, kalau ada orang selalu menyebut Tuhan,

atau menggambar takut dan cintakan Tuhan, dia hairan

Seolah-olah ibadahnya selama ini, terpisah dari Tuhan

Ibadah di satu pihak, Tuhan di satu pihak pula, tidak ada kena-mengena

Apa sudah jadi kepada ahli ibadah di zaman ini?

Bagaimana dia belajar mengenai ibadah, macam belajar tidak sudah aja?!

Bukankah ibadah itu implimentasi dari takutkan Allah atau cintakan Allah

Lahirlah buah akhlak yang mulia terserlah dari ahli ibadah

Akhlak yang mulia itulah yang melahirkan kasih sayang dan perpaduan kepada umat   

 

28.5.2003 1

Menjelang Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer