warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Perasaan Takut Kunjung Tiba







Perasaan Takut Kunjung Tiba





Perasaan Takut Kunjung Tiba

 

Apabila aku naik kapalterbang degup jantungku bergelombang

Takut  dan bimbang menyerang, jiwa tidak tenang

Fikiran tidak keruan datang

Pergantunganku dengan Tuhan kuat datang

Kalaulah rasa bertuhan dan takut kepada-Nya kekal datang

Rasa kehambaan tidak kunjung padam seperti di atas kapalterbang,

alangkah indahnya

Semacam itulah yang Tuhan mahu berlaku kepada hamba-Nya

Di sini menunjukkan takut tidak selamat lebih kuat daripada takut kepada Tuhan

Padahal takut dengan Tuhan itulah yang Tuhan kehendaki

Tuhan lebih hebat daripada segalanya

Sekalipun kegoncangan kapalterbang

Tuhan dengan rahmat-Mu  berilah aku sedikit rasa takut dengan-Mu,

Rasa takutku dengan-Mu akan mensyafaatkan aku

Rasa  yang akan meredakan kemurkaan-Mu terhadapku

Takutku dengan-Mu Tuhan yang Kau  mahu

Ia lebih bernilai dari solat sunat

 

26.10.2004 - 1

Di atas kapalterbang

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer