warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Peranan Hati Dan Roh







Peranan Hati Dan Roh





Peranan Hati Dan Roh

 

Peranan hati atau roh adalah merasa

Atau ia adalah perasaan yang berbagai-bagai rasa

Rasa-rasa itu samada positif atau nagatif sering datang silih berganti

Yang positif di antaranya: rasa malu, gembira, suka, senang,

lapang, tenang, percaya, hina, rasa hamba

Yang negatifnya tentulah banyak pula

Di antaranya: sedih, pilu, benci, jijik, marah, meluat, dendam, dukacita,

geram, dengki, takut, bimbang, curiga, hiba

Sifat yang positifnya hendaklah disuburkan

Ia sangat manfaat  pada diri dan masyarakat

Ia selamat-menyelamatkan dunia Akhirat

Peranan akal lain pula sangat berbeza dengan peranan roh manusia

Peranannya: menerima ilmu, menerima pengalaman melalui saluran anggota badan

Melalui mata, telinga, lidah, sentuhan

Kemudian disimpan di dalam khazanah akal serta memproses, memperluas

dan membuang yang tidak diperlukan

Setelah itu ilmu dan pengalaman yang tersimpan dikeluarkan apabila diperlukan

Perlu itu kerana hendak dilaksanakan, atau ditanyakan, atau untuk mengajar

atau untuk pemberitahuan

Peranan nafsu pula ia hanya berkehendak dan merangsang

Kehendak dan rangsangannya amat gelojoh dan rakus tanpa sempadan

atau tidak ada batasnya

Kemahuannya luar biasa yang halal mahupun yang haram dia tidak kira

Yang dibenarkan mahupun yang dilarang kalau boleh hendak dimilikinya

Orang suka atau tidak suka dia tidak peduli yang penting kemahuannya

dapat atau berjaya

Kehendaknya terlalu banyak berbagai-bagai macam kemahuannya

Di antaranya kepada makan minum, pakaian, perempuan, kenderaan,

tempat tinggal, perhiasan dan lain-lainnya

Setelah dapat bukan puas pula, mahu lagi, hendak lagi hingga mati

Sungguh buruknya kemahuan nafsu, tamak dan rakus tidak puas-puasnya

Bagaimana nafsu mengimplementasikan kemahuannya?

Dia gunakan akal memikirkan kepada apa yang dia kehendak

Akal pun mengeluarkan ilmu atau pengalaman untuk menjayakan kehendak nafsu

Nafsu pun akan menggunakan seluruh anggota badan berdasarkan ilmu

melaksanakan kemahuan  nafsu

Berjaya atau tidak terletak kepada kepandaian akal

dan sejauh mana pula kemampuan badan

Jadi di sini kita faham badan lahir peranannya melaksanakan kehendak nafsu

Anggota lahir hanya menerima arahan nafsu

Anggota badan tidak mampu menolaknya kecuali sakit atau cacat atau lumpuh

Maka seluruh arahan nafsu tidak dapat ditunaikan

kerana badan sudah tidak mampu berperanan

Begitulah peranan setiap anggota yang ada di dalam badan manusia

Samada anggota batinnya mahupun anggota lahirnya

Begitulah hakikat diri manusia

Faham ilmu yang telah dinyatakan tadi, maka fahamlah erti manusia

Itulah dia diri kita semua

 

13.6.2004 4

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer