warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Peperangan Nafsu Tidak Kunjung Padam







Peperangan Nafsu Tidak Kunjung Padam




Peperangan Nafsu Tidak Kunjung Padam

 

Di antara hati nurani dan nafsu sentiasa berperang

Peperangan yang tidak kunjung padam

Peperangan yang sungguh sengit dan menggerunkan

Di dalam sejarah peperangan batin, nafsu selalu sahaja menang

Nafsu sering memacak bendera, tanda kemenangan

Kemenangan yang selalu di pihak nafsu itulah yang membawa bencana kepada alam

Kerananyalah berlakunya penzaliman, penindasan, peperangan dan pembunuhan

Darah tumpah setiap hari

Manusia mati merata bumi

Belum lagi yang cacat anggota, ada yang merana sepanjang masa

Aduh! Dahsyatnya peperangan batin ini

Bahaya dan kerosakannya melibatkan kehidupan yang lahir ini

Manusia kebingungan, mati akalnya, fikirannya buntu

Tidak tahu bagaimana hendak dilakukan

Agar peperangan ini kemenangannya di pihak hati nurani, bukan nafsu

Tidak ada profesor yang mampu menyekat kemenangan nafsu

Ahli-ahli fikir telah kecewa, bahkan ada yang putus asa

Terhadap kemaraan dan kemenangan demi kemenangan yang diperolehi nafsu

Penduduk dunia bingung, putus asa dan kecewa

Mereka telah lama jemu dengan kehidupan yang begini

Kita harap Allah Taala akan lahirkan pemimpin rohani

Yang mampu menyekat kemenangan nafsu

Dan mampu memberi kemenangan kepada hati nurani

Agar dunia aman, damai, bahagia dan harmoni

 

Selepas Asar

26.7.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer