warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Penyampai Islam Tidak Mengikut Zaman







Penyampai Islam Tidak Mengikut Zaman





Penyampai Islam Tidak Mengikut Zaman

 

Sejak kejatuhan empayar Islam 700 tahun yang silam

penyampaian ajaran Islam sangat terbatas

Bukan kerana sekatan tapi sudah lemah semangat

para mubaligh fikiran mereka tidak berkembang

Cara penyampaian masih gaya lama, fikiran tidak berkembang

mengikut peredaran zaman

Selain perkembangan Islam menjadi lambat ia sangat menjemukan

Setiap orang kalau mahu tahu ajaran Islam belajar di sekolah, mengaji di masjid

dan melalui dakwah, sedikit-sedikit dari bacaan

Para-para ulama dan mubaligh tidak terfikir menyampaikan Islam

dari majlis-majlis pembacaan sajak

Mereka tidak menggunakan nasyid-nasyid yang dipersembahkan di majlis-majlis khalayak sebagai hiburan sekaligus memberi ilmu

Pejuang-pejuang Islam tidak menggunakan drama-drama, majlis-majlis teater,

sketsa sebagai penyampaian  ilmu  Islam

Mereka berjuang pula secara kekerasan dan militan, orang bimbang, musuh menentang

Lebih-lebih lagi mereka tidak terfikir mengajar Islam melalui filem-filem

dan kebudayaan

Jauh sekalilah hendak menarik orang kepada Islam secara khidmat dan kasih sayang

Padahal masa sudah jauh berjalan, fikiran manusia dan kemajuan sudah berkembang

Selera manusia sudah bertukar inginkan pembaharuan

Sedangkan cara persembahan yang dibuat oleh ulama dan mubaligh secara lama

yang menjemukan

Lebih-lebih lagi golongan muda payah menerima Islam secara lama dan kuno

Padahal ajaran-ajaran yang merosakkan menarik orang berbagai-bagai jalan

Mereka menarik orang mengikut perkembangan zaman dan kemajuan

Berbagai-bagai cara mereka lakukan terutama melalui hiburan dari perfileman

dan pertunjukan

Sedangkan ahli-ahli agama tidak ada kreatif dan perubahan

Membawa orang kepada agama masih cara lama

Cara lama itu sangat menjemukan terutama orang muda

Lebih-lebih lagi isi ceramah-ceramah adalah soal ibadah dan hukum halal haram  sahaja,

Padahal ajaran Islam adalah global, mencakup seluruh persoalan hidup manusia,

Pendidikan, ekonomi, kebudayaan, pentadbiran, masyarakat, perpaduan,

kasih sayang, kekeluargaan

Berjiran, berkawan, bermusafir, berjuang dan lain-lain persoalan

Para ulama, mubaligh dan pejuang Islam harus ambil perhatian

Carilah berbagai-bagai kaedah untuk menarik orang kepada Tuhan dan Islam

 

20.5.2004 2

Menjelang Maghrib

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer