warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Penyakit Masyarakat







Penyakit Masyarakat




Penyakit Masyarakat

 

Tidak ada orang perseorangan atau golongan yang suka dengan kecurian, penipuan, kidnap, rompakan, pembunuhan

Tidak ada yang suka berlaku rogol, vandalism, mengganggu ketenteraman awam, khianat, peras ugut dan lain-lain jenayah

Lebih-lebih yang tidak suka itu orang kaya, yang berkuasa, korporat-korporat,

orang-orang yang mewah dan senang hidupnya

Tapi mereka lupa adakalanya mereka juga menyumbang gejala masyarakat

yang tidak sihat yang menyusahkan dan menakutkan

Mereka takut dengan kejadian-kejadian yang menakutkan itu, secara sedar atau tidak sedar mereka juga menyumbang ke arah itu

Sombong orang kaya orang membalas dendam, mereka rompak atau membuat gangguan-gangguan

Bakhil orang kaya itulah mereka curi atau rompak

Tidak berperi kemanusiaan pihak berkuas itulah adakalanya mereka membuat kerosakan kerana sakit hati dan dendam kesumat

Mereka itu sudah tidak beragama

Takut dengan Tuhan sudah tidak ada, mudah mereka membalasnya

Kalau ada orang-orang yang hidupnya mewah dan senang, ada harta dan kuasa yang sama-sama juga tidak takutkan Tuhan apa pula mereka hendak takut hendak membaut aniaya kepada mereka

Sebenarnya kalau kita analisa dan teliti dengan adil dan saksama kerana kejahatan juga, ada tindakan balas

Jenayah yang berlaku, gejala masyarakat yang negatif terjadi buah daripada pertarungan di antara orang kaya dengan yang tidak punya

Peperangan secara tidak sedar di antara orang susah dengan orang yang senang, lahir jenayah

Hasil krisis moral di antara golongan atas dengan golongan bawahan lahir kerja-kerja tidak  bermoral

Dendam secara senyap-senyap di antara  rakyat biasa dengan orang yang berkuasa dan orang yang kaya terjadi gejala yang bahaya

Ertinya adakalanya kejahatan orang oleh kerana kejahatan kita yang tidak disenangi orang

Kejahatan dibalas dengan kejahatan, cuma bentuk kejahatan itu sahaja tidak sama di antara orang susah dengan orang senang

Oleh itu kalau hendak membaiki masyarakat, kenalah kita juga baik

Kerana kalau kita juga jahat macam mana hendak membaiki masyarakat yang sudah jahat

Yang hendak dipulihkan jahat yang memulihkan pun jahat, mana ada berkat

Jahat campur jahat jadilah masyarakat bertambah jahat

 

6.3.2004 1

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer