warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Penyakit Jiwa Bila Parah







Penyakit Jiwa Bila Parah




Penyakit Jiwa Bila Parah

 

Penyakit jiwa apabila parah, lahir penyakit putus asa

Putus asa, segala yang dimiliki tiada berguna

Segala kemewahan, kebahagiaan, semua kekayaan tidak dapat mengubatnya

Akhirnya kalau tidak dikawal dia akan bunuh diri

Itulah jalan keluar baginya

Dia lupa, dia lari dari penderitaan yang maha kecil

Kepada penderitaan yang maha besar

Tetapi dia jahil hakikat Akhirat, dia terjerat

Perbandingan penderitaan dunia dengan penderitaan Akhirat

Macam gigitan semut dengan gigitan singa garang yang membaham dengan taringnya

Penyakit jiwa bukan kerana tiada harta atau tiada bintang di dada

Tidak juga kerana tiada pangkat atau tiada nama dan glamour

Penyakit jiwa ialah penyakit tiada percaya kepada Tuhan yang Maha Esa

Atau percaya tapi tiada pautannya

Qadha dan qadar dari Tuhan tiada dihayati

Penyerahan diri kepada Tuhan tiada

Bantuan Tuhan tiada diharapnya

Untuk mengubat penyakit jiwa bukan dengan harta

Tidak juga dengan betina, tidak juga dengan nama

Bukan juga dengan makan minum, menjamu selera

Tidak juga dengan melancong ke Barat dan ke Timur

Hiburan, tonton wayang, pergi disko bukan caranya

Tidak juga melihat hutan, mandi-manda di tepi pantai atau melihat air terjun

Ubatnya tanamkan keyakinan kepada Allah yang Maha Esa

Redha menerima qadha dan qadar-Nya    

Berserah diri kepada Allah dan baik sangka kepada-Nya

Penyakit jiwa tidak berlaku pada orang yang beriman betapalah penyakit putus asa

 

Selepas Isyak

26.5.97 (18 Muharram 1418)

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer